Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Robert Lewandowski dilantik duta baru Huawei

Wang-Yanming,-President-of-Huawei-Central-East-Europe-and-Nordic-Region-Consumer-Business-and-Robert-Lewandowski,-Huawei-Brand-Ambassador-2

Pengeluar telefon pintar terkemuka China, Huawei hari ini telah mengumumkan bahawa pemain bola sepak kelab bola sepak FC Bayern Munich yang juga ketua pasukan Poland sebagai duta produk mereka khusus bagi telefon pintar dan peranti pemakaian.

Robert Lewandowski akan menjadi duta produk Huawei mulai bulan November ini untuk mempromosikan telefon pintar, tablet dan jam pintar.

Robert Lewandowski berkata beliau gembira untuk berkerjasama dengan Huawei yang mempunyai jenama yang sangat kuat dengan slogan ‘make it possible’.

Robert Lewandowski yakin kerjasama beliau dengan Huawei akan meningkatkan lagi kepopularan jenama Huawei di pasaran antarabangsa dan menginspirasikan pengguna untuk mencapai impian mereka.

Wang-Yanming,-President-of-Huawei-Central-East-Europe-and-Nordic-Region-Consumer-Business-and-Robert-Lewandowski,-Huawei-Brand-Ambassador-3

Robert Lewandowski baru-baru ini telah mencipta sejarah apabila beliau berjaya menjaringkan lima gol didalam masa 8 minit 59 saat pada satu perlawanan liga juara-juara Eropah sekalgus menjadikanya antara penyerang paling digeruni didunia.

Selain itu, Huawei juga dijangka akan menggunakan Robert Lewandowski untuk pelancaran produk mereka dimasa akan datang, antara produk baru yang dijangka akan dilancarkan didalam masa terdekat adalav Huawei Mate 8 (26 November) dan generasi baru telefon pintar Huawei P9 ( tahun 2016).

Huawei Mate 8 dan P9 dijangka akan dilancarkan dengan pemproses terbaru mereka iaitu HiSillicon Kirin 950 yang dilihat mempunyai potensi untuk mencabar pemproses Snapdragon 820 dan Samsung Exynos 8890 yang dijangka akan digunakan oleh Samsung pada Galaxy S7.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.