Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Spesifikasi pemproses Qualcomm Snapdragon 820 didedahkan

snapdragon-820-pemproses-malaysia

Maklumat penuh pemproses terbaru daripada Qualcomm iaitu Snapdrgon 820 secara rasminya telah didedahkan oleh syarikat ini. pemproses Snapdragon 820 ini akan menjadi pencabar utama kepada pemproses Kirin 950 yang dilancarkan minggu lalu.

Pendedahan penuh Snapdragon 820 ini memberikan kita indikasi bahawa pelancaran telefon pintar dengan pemproses Snapdragon 820 semakin hampir walaupun Qualcomm mengesahkan bahawa perkara ini tidak akan berlaku sehingga tahun 2016.

snapdragon-820-pemproses-malaysia-1

Pemproses Snapdragon 820 menyaksikan Qualcomm kembali kepada reka bentuk teras CPU direka khas selepas menggunakan reka bentuk teras ARM pada Snapdragon 810.

Pemproses Snapdragon 820 ini hadir dengan pemproses 64-bit teras Kryo yang mempunyai kelajuan sehingga 2.2GHz, CPU ini dikatakan mempunyai prestasi hampir dua kali ganda lebih baik berbanding Snapdragon 810. Selain itu, Snapdragon 820 juga dikatakan akan menawarkan jangka hayat bateri yang lebih baik berbanding dengan pemproses Snapdragon 810.

snapdragon-820-pemproses-malaysia-2

Dari segi pemprosesan grafik pula, pengunaan GPU Adreno 530 dijangka akan menawarkan prestasi grafik dan tugas 40% lebih baik berbanding GPU Adreno 430 yang digunakan pada SD810.

Pemproses Snapdragon 820 ini juga hadir dengan modem LTE X12 yang menyokong Cat.12 bagi muat turun manakala LTE Cat.13 bagi muat naik. Dengan SD820 ini, kelajuan muat turun boleh mencapai sehingga 600Mbps manakala kelajuan muat naik boleh mencapai sehingga 150Mbps.

Cip bagi Wi-Fi pada SD820 juga adalah antara yang terpantas di pasaran iaitu 2×2 MU-MIMO 802.11ac namun buat masa ini tidak banyak router yang menyokong Wi-Fi ini.

snapdragon-820-pemproses-malaysia-3

Pemproses Snapdragon 820 juga menyokong skrin paparan 4K dan kamera sehingga 28MP. Cipset ini juga mampu beroperasi bersama ruang simpanan eMMC 5.1, LPDDR4, USB 3.0 atau USB 2.0 dan NFC. Teknologi pengecasan pantas Quick Charge 3.0 juga hadir yang mana pengecasan ini adalah 4 kali lebih pantas berbanding pengecasan biasa dan 38% lebih pantas berbanding pengecasan Quick Charge 2.0

Snapdragon 820 akan dikeluarkan berasakan proses 14nm FinFET dan pemproses ini dijangka akan digunakan pada banyak telefon pintar utama Android yang akan dilancarkan tahun hadapan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.