Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Lazada Menawarkan Asus PadFone S pada harga RM 499

asus-padfone-s-lazada-malaysia
Sempena penjualan atas talian Online Revolution 2015, Lazada Malaysia kini menawarkan Asus PadFone S pada harga RM 499.

Asus PadFone S hadir dengan skrin paparan Super IPS + LCD 1080p berukuran 5.0-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 801, 2GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman.

Asus PadFone S juga memiliki kamera utama 13MP PixelMaster, kamera selfie 2MP, sokongan 4G LTE, sokongan kad microSD, bateri berkapasiti 2,300mAh dan berasaskan Android 4.4.2 KitKat.

Walaupun sudah berada di pasaran sejak bulan Julai tahun lalu, Asus PadFone S ini masih mempunyai spesifikasi yang mampu bersaing dengan telefon pintar kelas pertengahan dipasaran Android.

Selain itu, pembelian Asus PadFone S melalui Lazada Malaysia ini juga akan hadir dengan jaminan waranti selama setahun daripada Asus Malaysia.

asus-padfone-s-lazada-malaysia-1

Asus PadFone S ini ditawarkan didalam satu warna sahaja iaitu warna hitam harga penjualan RM 499 ini dilihat antara tawaran terbaik untuk telefon pintar ini. lihat disini untuk maklumat lebih lanjut > Lazada Asus PadFone S

Sempena penjualan Lazada Online Revolution ini anda boleh mendapatkan banyak produk dan telefon pintar terkini pada harga yang lebih berpatutan mahal lebih rendah berbanding harga penjualan runcit.

Kami menasihatkan anda supaya sentiasa menjenguk-jenguk laman sesawang Lazada Malaysia untuk mendapatkan produk kegemaran anda pada harga penjualan yang lebih rendah.

Lazada Online Revolution ini akan berlangsung selama sebulan mulai 11 November ini. maklumat lanjut mengenai tawaran hebat daripada Lazada boleh dibaca disini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.