Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Google Maps kini hadir dengan sokongan navigasi ‘offline’

maps-google-offline2
Google telah mengesahkan aplikasi peta mereka iaitu Google Maps akan hadir dengan sokongan ‘offline’ yang lebih menyeluruh pada Google I/O beberapa bulan lalu dan kini kemaskini terbaru ini telah hadir ke aplikasi Google Maps khususnya bagi pengguna Android.

Cara pengunaan fungsi ini adalah anda hanya perlu memilih kawasan yang anda mahu muat turun dan Google Maps ini akan menyimpan ‘cache’ kesemua maklumat mengenai kawasan yang anda pilih dan memberikan kesemua maklumat tersebut apabila perlukan.

google maps offline mode-1

Google Maps akan memuat turun kesemua maklumat ini apabila pengguna mempunyai sambungan Wi-Fi kerana data yang dimuat turun mungkin mencapai sehingga beratus MB.

Fungsi baru ini telah mula diberikan kepada pengguna Google Maps di telefon pintar Android dan hanya akan ditawarkan secara berperingkat.

Selepas itu, aplikasi Google Maps bagi iOS akan mendapat kemaskini baru ini namun tiada sebarang maklumat akan bila ianya ditawarkan.

sokongan navigasi Offline ini pasti akan mendapat sambutan yang baik daripada pengguna kerana anda tidak lagi perlu sentiasa membuka sambungan internet telefon pintar anda ketika sedang menggunakan aplikasi ini.

fungsi ini juga akan membantu pengguna menjimatkan bateri ketika menggunakan Google Maps kerana dengan membuka data dan GPS, pengunaan bateri bagi Google Maps pasti lebih tinggi.

Google juga berkata bahawa mereka akan menawarkan lebih banyak fungsi pada sistem ‘offline’ ini namun tiada memberikan sebarang maklumat secara terperinci.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.