Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Lazada Malaysia kini menawarkan Lenovo P1m – RM 599

pre-order-lenovo-vibe-p1m-black-eta-17th-november-2015-free-casing-and-screen-protector
Kempen penjualan tahunan Online Revolution Lazada akan bermula mulai hari ini dan akan berlangsung selama sebulan sehingga 12.12

Sempena kempen penjualan terbesar atas talian tahun ini, Lazada akan menawarkan banyak produk pada harga promosi dan terdapat juga banyak kupon dan hadiah untuk dimenangi.

Lazada telah berkerjasama dengan banyak syarikat terkemuka untuk menjayakan kempen Online Revolution tahun ini dan salah satu rakan pengeluar telefon pintar iaitu Lenovo telah memulakan kempen penjualan ini dengan tawaran mereka yang pertama.

Lazada Malaysia kini menawarkan telefon pintar Lenovo P1m pada harga penjualan RM599 berbanding harga asal RM 649.

Lenovo P1m hadir dengan skrin paparan IPS berukuran 5.0-inci(294ppi), pemproses Mediatek MT6735P berkelajuan 1.0GHz, 2GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, Lenovo P1m juga hadir dengan kamera utama 8MP, kamera hadapan 5MP, bateri berkapasiti 4,000mAh, sokongan 4G LTE, USB OTG? Slot microSD, dwi-SIM dan Android 5.1 Lollipop.

Lenovo P1m daripada Lazada ini ditawarkan dengan jaminan rasmi selama setahun(1) daripada Lenovo Malaysia.

Lenovo P1m kini sudah dibuka untuk penjualan dan ditawarkan didalam warna hitam sahaja. Setiap pembelian Lenovo P1m ini juga akan menerima hadiah percuma iaitu kad microSD 8GB dan satu jersi edisi khas Lenovo.

Lazada Malaysia akan menghantar Lenovo P1m kepada pengguna bermual 17 November ini dan anda boleh melakukan pembelian disini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.