Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei P9 Max dikesan dengan pemproses Kirin 950 & 4GB RAM

huawei-p9-max-malaysia-mobilefokus

Walapun tumpuan dunia telefon pintar terarah kepada pelancaran telefon pintar Huawei Mate 8 yang akan berlangsung pada 26 November ini namun disebalik tabir, Huawei dilihat sudah pun mengorah langkah untuk menyediakan satu lagi telefon pintar baru mereka iaitu Huawei P9 Max yang akan menjadi pengganti kepada Huawei P8 Max yang merupakan salah satu versi telefon pintar utama syarikat bagi tahun ini.

Huawei P9 Max baru-baru ini telah dikesan di AnTutu dengan nombor siri model P950S dan berdasarkan ujian ini, Huawei P9 Max dijangka menjadi telefon pintar kedua untuk hadir dengan pemproses Huawei Kirin 950.

Selain itu, P9 Max juga akan hadir dengan skrin paparan 6.2-inci dengan resolusi 2K iaitu 2560 x1600, 4GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman dan berasaskan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow.

huawei-p9-max-antutu-malaysia

Huawei P9 Max juga berjaya memperoleh mata 73,000 pada ujian AnTuTu ini namun ujian AnTuTu daripada Huawei Mate 8 adalah sesuatu yang harus diberikan perhatian serius kerana ianya mencapai 89,630 mata.

Selain itu, Huawei P9 Max juga dijangka akan hadir dengan dua unit kamera pada bahagian belakang selain pengesan capjari pada bahagian sisi.

Huawie P9 Max ini mungkin merupakan versi telefon pintar utama mereka yang besar dan kami pasti Huawei akan juga melancarkan Huawei P9 dengan skrin paparan yang lebih kecil.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.