Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jam Pintar Tag Heuer Connected dilancarkan – RM 6,100

tag-heuer-connected-malaysia-smartwatch

Pengeluar jam ikonik Tag Heuer secara rasminya telah memasuki pasaran jam pintar dengan pelancaran jam pintar pertama mereka di satu majlis pelancaran khas awal pagi tadi. Tag Heuer Connected adalah telefon pintar yang hadir dengan sistem operasi Android Wear dan telah menjadi realiti hasil kerjasama Google dan Intel.

Dari segi spesifikasi, Tag Heuer Connected akan hadir dengan pemproses dual core Intel 1.6GHz, skrin paparan LTPS LCD display berukuran 1.5-inci (dilapisi gelas Sapphire) dengan resolusi 360×360 (240ppi), 1GB RAM, 4GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 410mAh.
tag-heuer-connected-malaysia-smartwatch-1

Dari segi sensor, Tag Heuer Connected hadir dengan giroskop, sensor pengesanan kecondongan, mikrofon, dan enjin haptik. Tag Heuer Connected juga hadir dengan Bluetooth BLE 4.1 dan Wi-Fi (2.4 GHz 802.11 B/G/N, pemantau angin dan cuaca.

Jam pintar Tag Heuer ini mempunyai ukuran 46mm dengan ketebalan 12.8mm manakala berat adalah 52gram. Tag Heuer Connected yang hadir dengan pensijilan kalis air dan habuk IP67 ini juga boleh disokong pada peranti Android dan iOS.

tag-heuer-connected-malaysia-smartwatch-3

Tag Heuer Connected akan mempunyai harga penjualan $1,500 iaitu dan harga penjualan rasmi di Malaysia adalah RM 6,100 dan akan ditawarkan didalam warna hitam sahaja. Selain itu, tali jam didalam warna lain juga ditawarkan namun tidak ditawarkan untuk pembelian secara online.

Seperti yang didedahkan, Tag Heuer akan mula memasuki pasaran Eropah pada 12 November ini namun maklumat pelancaran bagi pasaran lain tidak lagi diketahui.

tag-heuer-connected-malaysia-smartwatch-2

TAGHeuerConnected-colour-malaysia-smartwatch-1Selain itu, selepas dua tahun, anda boleh menukar jam pintar Connected kepada jam konvesional Tag Heuer Carrera dengan potongan diskaun 50%. Tag Heuer Carrera mempunyai harga penjualan $3,000.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.