Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Aplikasi penjimatan data Opera Max akan disertakan pada 100 juta peranti Android menjelang 2017

opera-max-android-play-store

Aplikasi Opera Max adalah aplikasi yang mampu menawarkan penjimatan sehingga 50% penggunaan data dari 3G/4G dan juga Wi-Fi. Selain itu, pada aplikasi seperti YouTube dan NetFlix, penjimatan data melalui Opera Max ini boleh mencapai sehingga 60%.

Penjimatan data berjaya dilakukan dengan proses pemampatan data seperti video,gambar dan laman web. Opera juga mendakwa aplikasi Opera Max ini mampu menjimatkan data tanpa mengabaikan sebarang kualiti.

Buat masa ini, Opera Max adalah aplikasi percuma yang boleh dimuat turun di Play Store bagi pengguna Android dan terdapat juga syarikat pengeluar yang mula menyertakan Opera Max didalam telefon pintar seperti Xiaomi (melalui MIUI 7) dan Samsung.

Hari ini, Opera telah mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani perjanjian dengan tiga lagi syarikat pengeluar telefon pintar iaitu Acer, Hisense dan TWZ menjadikan jumlah syarikat pengeluar yang akan berkerjasama dengan Opera kepada 14.

Menurut Opera, menjelang 2017, perjanjian ini akan menyaksikan sebanyak 100 juta telefon pintar Android akan hadir dengan Opera Max.

Aplikasi Opera Max ini penting bagi pasaran seperti di India, Indonesia, Amerika Latin, Bangladesh dan Afrika kerana ini akan menjanjikan pertumbuhan pasaran telefon pintar dengan lebih konsisten.

14 syarikat yang menandatangani perjanjian untuk menyertakan Opera Max pada telefon pintar mereka adalah Acer, Cherry Mobile, Evercoss, Fly, Hisense, Mobiistar, Micromax, Oppo, Prestigio, Samsung, Symphony, Tecno, TWZ dan Xiaomi.

Opera sebelum ini juga pernah berkata bahawa versi iOS Aplikasi Opera Max akan dilancarkan namun masih tiada sebarang maklumat mengenainya lagi.

untuk memuat turun Opera Max anda boleh tekan pautan ini Opera Max > (Android)

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.