Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Ujian AnTuTu Huawei Kirin 950 dikesan pada Mate 8

Kirin-950

Pemproses Kirin 950 yang dilancarkan baru-baru ini dilihat menarik perhatian ramai pakar teknologi selepas ujian diatas pentas ketika pelancaran mendedahan pemproses ini menamtkan keputusan AnTuTu dengan 82,945 mata.

Jumlah mata keseluruhan yang dicapai oleh Kirin 950 memang mengagumkan namun ramai pihak mempertikaikan kebolehan sebenar pemproses Huawei Kirin 950 ini kerana ujian tersebut dilakukan pada medan ujian yang terbuka dan bukanya didalam telefon pintar.

Walaubagaimanapun, laporan terbaru ini pasti akan menjawab persoalan ramai pihak mengenai kemampuan sebenar pemproses Kirin 950 ini.

Ujian AnTuTu yang dilakukan pada Huawei Mate 8 ,merupakan telefon pintar yang akan dilancarkan dengan pemproses Kirin 950 mendedahkan model ini mencapai jumlah mata yang lebih tinggi berbanding ujian ketika pelancaran iaitu 89,630 mata.
huawei mate 8 antutu
Jumlah keseluruhan ini meletakkan pemproses Huawei Kirin 950 ini jauh mengatasi pemproses Samsung Exynos 7420.

Secara keseluruhanya, Huawei Mate 8 dilihat mempunyai potensi untuk menjadi antara telefon pintar yang paling berkuasa di pasaran dan ini dibuktikan lagi dengan spesifikasi yang akan dimiliki Huawei Mate 8 ini.

Huawei Mate 8 akan hadir dengan skrin paparan HD Penuh berukuran 6.0-inci dengan resolusi sekitar 1440p, dua pilihan RAM dan kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 3GB/32GB dan 4GB/64GB, kamera utama 20.7MP ( 13MP), kamera selfie 8MP, sokongan dwi-SIM dan slot microSD.

Huawei Mate 8 telah disahkan akan dilancarkan pada 26 November ini dan dijangka akan mempunyai harga penjualan CNY3,299 (RM 2,269) bagi versi 3GB RAM manakala 4GB RAM adalah CNY 3,899 (RM 2,682).

sumber : GSMArena

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.