Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo R7s dilancarkan secara rasmi – tiba di Malaysia bulan hadapan

oppo-r7s-malaysia-gitex-mdroid
Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Oppo secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar terbaru didalam siri R7 iaitu R7s di GITEX yang berlangsung di Dubai.

Oppo R7s akan hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 5.5-inci, pemproses quad-core Snapdragon 615, 4GB RAM dan 32GB memori simpanan dalaman.

Dari segi kamera, Oppo R7s hadir dengan kamera utama 13MPyang dilengkapi dengan teknologi pemfokusan PDAF ( kelajuan pemfokusan hanya 0.1 saat). Kamera hadapan R7s adalah 8MP dan ianya turut hadir dengan flash skrin.

oppo-r7s-malaysia-gitex-mdroid-1

Selain itu, Oppo R7s juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,070mAh yang turut mempunyai sokongan pengecasan pantas VOOC, sokongan kad microSD sehingga 128GB, Android 5.1 Lollipop dengan ColorOS 2.1,

Oppo R7s mempunyai reka bentuk berasakan keluli yang premium dan mempunyai kenipisan 6.95mm dengan berat 155gram.

Oppo R7s akan mula memasuki pada bulan hadapan, antara pasaran yang telah disahkan akan menerima model ini adalah Malaysia, Singapura, Thailand, Taiwan, Vietnam, Indonesia dann Australia.

Buat masa ini Oppo tidak mengumumkan sebarang harga penjualan bagi Oppo R7s di Malaysia.

berikut adalah gambar Oppo di GITEX

OPPO-booth-at-Gitex-2015 Visitors-and-media-gather-around-to-attend-the-R7s-premiere-event Visitors-are-experiencing-the--R7-Series Visitors-are-experiencing-the--R7-Series-2

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.