Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon Pintar Honor akan menerima kemaskini Android Marshmallow

huawei-honor-android-marshmallow-update

Telefon pintar Huawei dibawah jenama Honor mungkin merupakan jenama sampingan yang menawarkan telefon pintar pada harga yang berpatutan. Namun, ini tidak bermaksud syarikat ini tidak komited untuk menawarkan sesuatu yang terkini pada jenama Honor.

Huawei melalui akaun Twitter Honor India telah mengesahkan bahawa beberapa model didalam siri Honor akan mula menerima kemaskini sistem operasi terbaru Google iaitu Android 6.0 Marshmallow mulai bulan Februari tahun hadapan.

Antara model yang telah disenaraikan sebagai penerima terawal Android Marshmallow adalah Honor 7, Honor 6 Plus, Honor 6, Honor 4C dan Honor 4X.

Walaupun telah mengesahkan penawaran bagi peranti Honor, Huawei masih belum menyatakan sebarang maklumat mengenai kemaskini bagi peranti utama mereka seperti Huawei P8, Mate S dan banyak lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.