Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo Xplay5S bakal hadir dengan skrin paparan 4K

vivo xplay 5s

Vivo yang kini semakin popular dipasaran antarabangsa termasuk di Malaysia dilihat sudah bersedia untuk melancarkan produk terbaru mereka yang didakwa merupakan peranti yang ‘pantas’.

Majlis pelancaran produk baru Vivo ini dijangka akan diadakan didalam bulan ini dan sumber mendedahkan bahawa terdapat kemungkinan Vivo Xplay5S dilancarkan.

Jika tepat, kita mungkin menyaksikan telefon pintar kedua didunia untuk hadir dengan skrin paparan 4K iaitu selepas Sony Xperiq Z5 Premium yang telah dilancarkan di Malaysia minggu lalu.

Vivo Xplay5S dijangka hadir dengan elemen ‘pantas’ yang merujuk kepada pemproses Snapdragon 920, skrin paparan berukuran 6.0-inci, 4GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 4,000mAh.

Selain itu, model terbaru Vivo ini juga dijangka akan dilengkapi kamera utama 21MP, kamera hadapan 12MP dan tidak lupa sensor pengesan capjari yang kini tidak asing lagi pada telefon pintar.

Pengganti Vivo Xplay3S mungkin akan dilancarkan lebih awal berbanding daripada jangkaan.

vivo-malaysia-xplay-5s

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.