Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

[eksklusif] Huawei Mate S akan ditawarkan minggu hadapan – RM 2698

huawei-mate-s-malaysia

Huawei Mate S yang  telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia oleh pihak Huawei dan selepas itu dikesan di pangkalan data SIRIM. Kini,  maklumat harga daripada sumber yang boleh dipercayai telah diterima oleh pihak kami.

Harga penjualan Huawei Mate S dikatakan akan bermula pada RM 2,698 dan penjualan dijangka bermula minggu hadapan atau secara tepatnya pada 22 Oktober ini.

Walaupun harga penjualan telah diumumkan, pihak Huawei Malaysia masih belum membuat sebarang kenyataan rasmi mahupun menghantar jemputan media kepada kami.

dengan harga penjualan RM 2698 ini, Huawei mempunyai tugas yang sukar untuk menyakinkan pengguna untuk membeli telefon pintar Mate S ini kerana ianya hanya RM 1 lebih murah daripada Samsung Galaxy Note 5 yang mempunyai harga RM 2699.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.