Alcatel Flash 2 akan ditawarkan pada 26 Oktober melalui Lazada
Alcatel secara rasminya telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaru mereka ke pasaran tempatan.
Alcatel Flash 2 atau nama ‘penuh’ nya Alcatel OneTouch Flash 2 akan mula ditawarkan di Malaysia melalui Lazada pada 26 Oktober ini.
Walaupun hadir dengan harga penjualan yang berpatutan, Alcatel Flash 2 menjanjikan teknologi kamera terbaik didalam kelasnya.
Disebabkan fokus utama Alcatel adalah pada kamera, kami akan membincangkan kameranya terlebih dahulu, Alcatel Flash 2 hadir dengan kamera utama ISOCELL Samsung 13MP yang dilengkapi dengan teknologi pemfokusan PDAF ‘Phase Detection Auto Focus’ dan tidak lampu flash LED dwi tona.
Dari segi kamera hadapan pula, ianya hadir dengan kamera 5MP yang juga mempunyai lampu flash LED selain kebolehan mengambil selfie panorama.
Beralih kepada spesifikasi lain, Alcatel Flash 2 hadir dengan skrin paparan IPS berukuran 5.0-inci, pemproses MT6753 berkelajuan 1.3GHz daripada MediaTek, 2GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman.
Selain itu, Alcatel Flash 2 juga akan hadir dengan bateri berkapasiti 3,000 mAh, sokongan 4G LTE , dwi-SIM, slot microSD dan sistem operasi Android 5.1 Lollipop yang asli.
Alcatel Flash 2 akan ditawarkan secara eskslusif melalui Lazada Malaysia pada harga RM 549 dan didalam dua warna iaitu kelabu dan putih.
Selain itu, dengan setiap pembelian Alcatel Flash 2 ini anda juga akan menerima filem perlindungan skirn dan perkakas ‘flip-cover’ secara percuma.
Penjualan kilat ini akan bermula pada 26 Oktober dari jam 10 pagi sehingga 2 petang. Berdasarkan kerjasama dahulu, pihak Lazada Malaysia berkata penjualan model Flash 2 ini juga akan laris.