Vivo X6 disahkan akan memiliki 4GB RAM
Selepas mengesahkan kewujudan telefon pintar phablet Vivo X6 semalam, Vivo melalui akaun Weibo mereka telah mula mendedahkan sedikit sebanyak mengenai spesifikasi yang bakal dimiliki telefon pintar ini.
Vivo kini telah mengesahkan bahawa phablet X6 mereka akan memiliki 4GB RAM dan satu gambar yang dimuat turun memberikan pengguna gambaran jelas perbezaanya dengan 3GB RAM. Selain itu, Vivo X6 yang didakwa akan menjadi antara telefon pintar yang pantas dipasaran juga akan memiliki 1GB RAM khas untuk grafik menjadikan jumlah keseluruhan RAM yang dimiliki telefon pintar ini adalah 5GB.
Telefon pintar dengan 1GB RAM khas untuk grafik adalah yang pertama dipasaran dan Vivo X6 pasti akan mendapat perhatian dunia teknologi dan pasaran telefon pintar.
Selain itu, Vivo X6 juga dijangka akan hadir skrin paparan 2K berukuran 6.0-inci, reka bentuk ternipis iaitu hanya 4mm, bateri berkapasiti 4,000mAh dan dua unit kamera yang berkualiti tinggi.
Vivo pasti akan mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai phablet X6 ini dari semasa ke semasa melalui akaun Weibo mereka.