Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo R7s akan dibuka untuk tempahan esok – RM 1,898

oppo-r7s-malaysia-preorder
Oppo Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa Oppo R7s akan dibuka untuk tempahan mulai esok dan harga penjualan model ini adalah RM 1,898 dan anda tidak perlu membayar sebarang wang pendahuluan untuk membuat tempahan ini.

Selain itu, bagi 500 tempahan pertama bagi Oppo R7s ini, pengguna akan menerima pengecas VOOC untuk digunakan khas didalam kereta yang bernilai RM 148.

Oppo R7s akan hadir skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses Snapdragon 615, 4GB RAM dan 32GB memori simpanan dalaman.

oppo-r7s-malaysia-preorder-1

Dari segi kamera, Oppo R7s hadir dengan kamera utama 13MP yang dilengkapi dengan teknologi pemfokusan PDAF ( kelajuan pemfokusan hanya 0.1 saat). Kamera hadapan R7s adalah 8MP dan ianya turut hadir dengan flash skrin.

Selain itu, Oppo R7s juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,070mAh yang turut mempunyai sokongan pengecasan pantas VOOC, sokongan kad microSD sehingga 128GB, Android 5.1 Lollipop dengan ColorOS 2.1.

seperti yang kami maklumkan sebelum ini, Oppo R7s akan ditawarkan didalam dua warna iaitu warna emas dan warna ros emas ( hanya 1000 unit).

tempahan ini akan dibuka sehingga 22 November 2016 dan jika anda memilih warna emas ros anda mungkin akan menerim peranti anda pada bulan Disember.

anda boleh membuat tempahan disini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.