Xiaomi Redmi Note 2 diperkenalkan di Malaysia – RM 649
Xiaomi Malaysia sebentar tadi telah mengadakan majlis pelancaran Redmi Note 2 ke pasaran tempatan dan 3 pasaran serantau iaitu Singapura, Hong Kong dan Taiwan
Majlis pelancaran ini turut dihadiri naib presiden global Xiaomi iaitu Hugo Barra.
Xiaomi Redmi Note 2 yang merupakan antara peranti terhangat di pasaran China akan mula ditawarkan disini dengan harga penjualan RM 649 dan tempahan bagi Redmi Note 2 akan dibuka pada 11 November dan penghantaran akan dibuat didalam masa 14 hari.
Dari segi spesifikasi, Xiaomi Redmi Note 2 hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses MediaTek Helio X10 dan 16GB memori simpanan dalaman.
Redmi Note 2 juga hadir dengan kamera utama 13MP yang hadir dengan teknologi pemfokusan PDAF manakala kamera hadapan adalah 5MP.
Selain itu, Redmi Note 2 turut hadir dengan sokongan dwi SIM pada rangkaian 4G LTE, bateri berkapasiti 3,060 mAh, mampu berfungsi sebagai alat kawalan jauh peralatan elektronik, WiFi 802.11ac yang lebih pantas dan mempunyai MIUI 7 yang berasaskan Android 5.0 Lollipop.