Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

REDMAGIC 12 Pro Dilancarkan di Malaysia, Hadir Dengan Skrin 185Hz dan Bateri 8,400mAh

REDMAGIC 12 Pro Dilancarkan di Malaysia, Hadir Dengan Skrin 185Hz dan Bateri 8,400mAh 1

REDMAGIC 12 Pro Dilancarkan di Malaysia, Hadir Dengan Skrin 185Hz dan Bateri 8,400mAh 2

REDMAGIC secara rasmi melancarkan REDMAGIC 12 Pro di Malaysia, telefon pintar gaming flagship terbaharunya yang menawarkan peningkatan dari segi prestasi, sistem penyejukan dan ketahanan bateri.

REDMAGIC 12 Pro Dilancarkan di Malaysia, Hadir Dengan Skrin 185Hz dan Bateri 8,400mAh 3

Dari sudut prestasi, REDMAGIC 12 Pro dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 yang dibina menggunakan proses 2nm dengan kelajuan CPU sehingga 5GHz. Ia turut dipadankan dengan cip gaming khusus RedCore R5 bagi meningkatkan respons sentuhan, pemprosesan grafik dan kelancaran permainan.

Menariknya, peranti ini dilengkapi skrin BOE X11 OLED bersaiz 6.85 inci dengan resolusi 1.5K serta kadar segar semula 185Hz. Ia juga menggunakan teknologi kamera bawah skrin generasi kesembilan (UDC), membolehkan pengalaman paparan penuh tanpa takuk atau lubang kamera.

Selain itu, REDMAGIC 12 Pro menggunakan sistem penyejukan AquaCore 3.0 yang menggabungkan teknologi penyejukan cecair dwi-gelung, kipas turbo berkelajuan 25,500 RPM, kebuk wap dan Liquid Metal 4.0. Gabungan ini direka untuk membantu mengawal suhu dan mengekalkan prestasi ketika sesi gaming berpanjangan.

REDMAGIC 12 Pro Dilancarkan di Malaysia, Hadir Dengan Skrin 185Hz dan Bateri 8,400mAh 4

Dalam pada itu, kapasiti baterinya turut dipertingkat kepada 8,400mAh, berbanding 7,500mAh pada generasi sebelumnya. Ia menyokong pengecasan pantas 80W, pengecasan tanpa wayar serta fungsi Bypass Charging yang membolehkan telefon menerima kuasa secara terus ketika bermain permainan sambil disambungkan kepada pengecas.

Lebih lanjut, REDMAGIC 12 Pro turut dilengkapi kamera utama 50MP dengan OIS, kamera ultra lebar 50MP dan kamera hadapan 16MP. Antara ciri lain termasuk pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos, pencetus bahu 520Hz, sokongan Wi-Fi 7 serta perlindungan IP68 dan IP69.

Bagi pengalaman perisian, telefon ini menjalankan REDMAGIC OS 12 berasaskan Android 17 dengan pelbagai fungsi gaming berasaskan AI seperti Tactical Coach, Gaming AI dan Low-Engagement Play. Sokongan Google Gemini, Circle to Search serta emulasi permainan PC turut disediakan.

REDMAGIC 12 Pro Dilancarkan di Malaysia, Hadir Dengan Skrin 185Hz dan Bateri 8,400mAh 5

Dari segi reka bentuk, REDMAGIC 12 Pro menampilkan panel belakang lutsinar dengan pencahayaan RGB, reka bentuk badan lebih nipis pada ketebalan 8.5mm serta rekaan tanpa bonggol kamera.

Harga dan Ketersediaan REDMAGIC 12 Pro di Malaysia

Untuk pasaran Malaysia, REDMAGIC 12 Pro akan mula dijual pada 10 November 2026, jam 8 malam menerusi Shopee REDMAGIC Official Store dan laman web rasmi REDMAGIC.

Sempena promosi 11.11, pembeli boleh mendapatkan telefon ini pada harga istimewa seperti berikut:

  • 12GB + 256GB: RM3,999 (harga asal RM4,499)
  • 16GB + 512GB: RM4,499 (harga asal RM4,999)
  • 16GB + 1TB: RM5,399 (harga asal RM5,899)

REDMAGIC 12 Pro ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Nightfreeze (Hitam Lutsinar) dan Subzero (Perak Lutsinar).

Promosi harga istimewa ini berlangsung dari 10 November 2026, jam 8 malam hingga 11 November 2026, jam 11:59 malam.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.