Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR X9e Pro Buktikan Ketahanan Ekstrem Menerusi Kolaborasi Bersama Filem TERBANG

HONOR X9e Pro Buktikan Ketahanan Ekstrem Menerusi Kolaborasi Bersama Filem TERBANG 1

HONOR X9e Pro Buktikan Ketahanan Ekstrem Menerusi Kolaborasi Bersama Filem TERBANG 2

Selepas mencatatkan prestasi jualan yang memberangsangkan di Malaysia, HONOR kini bekerjasama dengan filem tempatan TERBANG menerusi penghasilan dua video komersial yang mengetengahkan ketahanan ekstrem HONOR X9e Pro, di samping membawa mesej semangat juang, kecekalan dan kebanggaan negara.

Filem TERBANG yang diinspirasikan daripada kisah benar legenda rali negara, Karamjit Singh, mengisahkan perjalanan Ajeet yang kembali ke arena perlumbaan rali selepas berdepan pelbagai cabaran dalam kehidupannya. Semangat tidak mudah berputus asa yang ditonjolkan menerusi watak tersebut turut mencerminkan ketahanan HONOR X9e Pro yang direka untuk menghadapi pelbagai keadaan mencabar.

Dalam video komersial, HONOR X9e Pro dipasang pada bahagian sisi sebuah kereta sukan bagi merakam aksi Ajeet memandu di laluan berlumpur, permukaan tidak rata serta selekoh tajam pada kelajuan tinggi. Sepanjang perjalanan, telefon pintar tersebut terdedah kepada percikan air, batu kecil dan hentakan, namun masih mampu meneruskan rakaman.

HONOR X9e Pro Buktikan Ketahanan Ekstrem Menerusi Kolaborasi Bersama Filem TERBANG 3

Sementara itu, video tersebut pula memperlihatkan ujian ketahanan yang lebih ekstrem apabila Imran mencabar Ajeet untuk melanggar HONOR X9e Pro menggunakan kereta secara berulang kali. Walaupun pada awalnya ragu-ragu, Ajeet akhirnya menerima cabaran tersebut dan telefon pintar berkenaan ditunjukkan masih berfungsi selepas ujian berkenaan.

Kedua-dua video ini bukan sahaja mempamerkan ketahanan HONOR X9e Pro, malah menghubungkannya dengan semangat juang Ajeet yang tidak mudah menyerah kalah dalam usahanya mencapai kejayaan.

Dari segi ketahanan, HONOR X9e Pro dilengkapi Ultra-Bounce Anti-Drop Technology 4.0 yang direka untuk menahan jatuhan dari ketinggian sehingga 3 meter, selain mengurangkan kerosakan skrin sehingga 82%. Peranti ini turut menerima pensijilan SGS 5-Star Certification for Drop Resistance in Harsh Conditions.

HONOR X9e Pro Buktikan Ketahanan Ekstrem Menerusi Kolaborasi Bersama Filem TERBANG 4

Selain itu, HONOR X9e Pro hadir dengan penarafan IP68, IP69 dan IP69K untuk perlindungan terhadap air dan habuk. Reka bentuk dalaman berbilang ruang yang diinspirasikan daripada kapal selam turut membantu menghalang kemasukan air, dengan keupayaan ketahanan air yang didakwa mencapai kedalaman sehingga 10 meter dalam keadaan ujian tertentu.

Harga dan Ketersediaan HONOR X9e Pro di Malaysia

HONOR X9e Pro ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Royal Purple, Reddish Brown, Dawn Gold dan Midnight Black. Kedua-dua varian hadir dengan 24GB RAM (8GB RAM + 16GB HONOR Turbo RAM) dan pilihan storan seperti berikut:

  • HONOR X9e Pro 256GB – RM1,799
  • HONOR X9e Pro 512GB – RM2,299

Harga tersebut adalah selepas rebat segera RM100.

Setiap pembelian turut disertakan pakej hadiah dan perlindungan percuma bernilai RM1,326, merangkumi HONOR Watch 6i, perlindungan keretakan bahagian hadapan dan belakang selama 730 hari, perlindungan kerosakan akibat cecair selama 730 hari serta tambahan waranti selama setahun.

Melalui kolaborasi bersama TERBANG ini, HONOR terus mengetengahkan ketahanan sebagai salah satu kelebihan utama HONOR X9e Pro, sekali gus mengukuhkan kempen “Pilihan Utama Rakyat Malaysia”.

Baca ULASAN : HONOR Magic V6 – Standard baharu ketahanan pada telefon pintar boleh lipat

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.