Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A08 Dilancarkan di Malaysia – Harga RM899

Samsung Galaxy A08 Dilancarkan di Malaysia – Harga RM899 1

Samsung Galaxy A08 Dilancarkan di Malaysia – Harga RM899 2

Samsung secara rasminya telah memperkenalkan Galaxy A08 untuk pasaran Malaysia sebagai telefon pintar mampu milik yang menawarkan beberapa ciri menarik termasuk ketahanan IP64 serta sokongan kemas kini sistem operasi dan keselamatan sehingga enam tahun.

Terus ke spesifikasi, Samsung Galaxy A08 hadir dengan skrin PLS LCD berukuran 6.7-inci dengan resolusi HD+ serta dikuasakan pemproses Octa-Core. Ia turut dilengkapi 6GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman 128GB, selain menyokong ciri RAM Plus sehingga 6GB untuk membantu kelancaran penggunaan pelbagai aplikasi.

Dari segi fotografi, Galaxy A08 menawarkan sistem dwi-kamera belakang yang terdiri daripada kamera utama 50MP dan sensor tambahan 2MP, manakala kamera hadapan pula menggunakan sensor 8MP untuk swafoto dan panggilan video.

Selain itu, Galaxy A08 turut dilengkapi bateri berkapasiti 6,000mAh serta penarafan IP64 yang memberikan perlindungan terhadap habuk dan percikan air. Peranti ini juga hadir dengan sistem keselamatan Samsung Knox bagi membantu melindungi data dan maklumat peribadi pengguna.

Menariknya, Samsung turut menawarkan sokongan kemas kini sistem operasi dan keselamatan sehingga enam tahun, sekali gus membolehkan Galaxy A08 digunakan untuk tempoh yang lebih panjang.

Samsung Galaxy A08 ditawarkan di Malaysia pada harga RM899 untuk konfigurasi 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Peranti ini hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Dark Blue, Silver dan Green.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.