Jay Chou Jadi Duta Imej vivo! Ini Kehebatan vivo X500 Untuk Kaki Travel & Konsert

Jay Chou Jadi Duta Imej vivo! Ini Kehebatan vivo X500 Untuk Kaki Travel & Konsert
Bila sebut pasal konsert, siapa yang tak kenal Jay Chou? Penyanyi terkenal Asia ini kini bergelar Duta Pengimejan vivo, sekali gus menjadikan siri vivo X500 semakin menarik perhatian, terutamanya dalam kalangan peminat muzik dan kaki konsert.
Baru-baru ini, saya berpeluang mencuba vivo X500, sebuah telefon flagship yang bukan sahaja menampilkan kamera ZEISS, malah menawarkan pelbagai fungsi video kreatif untuk merakam moment menarik dengan lebih mudah.
Sunny White: Inspirasi Daripada Lagu Ikonik Jay Chou!
Perkara pertama yang menarik perhatian saya ialah warna Sunny White, yang diinspirasikan daripada lagu klasik Jay Chou, Qing Tian (晴天).
Seperti suasana cerah selepas hujan yang digambarkan melalui namanya, kemasan belakang telefon ini mempunyai kilauan halus yang berubah mengikut pantulan cahaya. Hasilnya nampak elegan, bersih dan cukup premium!
vivo X500 turut menggunakan rekaan One-Piece Cold-Carved Glass dengan kemasan Frosted AG Glass yang membantu mengurangkan kesan cap jari.
Dengan ketebalan hanya 8.15mm dan berat sekitar 211g, telefon ini juga selesa dipegang untuk mengambil gambar atau merakam video sepanjang hari.
4K Cinematic Colour Video: Satu Sentuhan, Terus Nampak Macam Filem!
Untuk korang yang suka menghasilkan Vlog atau konten media sosial, fungsi 4K Cinematic Colour Video memang menarik!
Melalui Film Style Mode, vivo X500 menawarkan rakaman 4K 24fps dengan nisbah sinematik 2.4:1, lengkap dengan efek motion blur, film grain dan film halation.
Terdapat enam gaya warna sinematik, termasuk dua pilihan menarik:
- Paris Afterglow: Menghasilkan tona keemasan yang hangat dan kontras lembut. Memang sesuai untuk merakam sunset, Golden Hour atau suasana romantik.
- Sunny Day: Menampilkan warna hijau kebiruan yang sedikit pudar dengan suasana ala filem Jepun. Sesuai untuk rakaman pantai, taman dan pemandangan waktu siang.
Paling penting, korang tak perlu mahir color grading untuk menghasilkan video yang lebih sinematik. Pilih gaya yang sesuai dan terus rakam!
Kamera ZEISS: Duduk Jauh Masa Konsert Pun Boleh Zoom Jelas!
Bagi kaki konsert, kamera telefoto sememangnya antara ciri paling penting.
vivo X500 dilengkapi kamera utama ZEISS 50MP dengan sensor Sony LYT-828 bersaiz 1/1.28 inci, apertur f/1.68 dan penstabilan CIPA 5.5 untuk membantu menghasilkan gambar yang jelas walaupun dalam pencahayaan mencabar.
Turut disertakan ialah kamera telefoto ZEISS APO 64MP dengan sensor Sony LYTIA 610 yang menawarkan lebih banyak detail ketika zum, serta sokongan video 4K 120fps dan 4K 60fps HDR.
Nak zum lebih jauh? vivo turut menawarkan ZEISS Telephoto Extender Gen 2 dengan jarak fokus setara 200mm. Aksesori ini lebih kompak, dengan berat hanya 153g.
Untuk rakaman konsert, terdapat juga beberapa fungsi menarik:
- Stage Mode 3.0: Mengoptimumkan rakaman dalam pencahayaan pentas.
- Auto Framing Video: Menjejak subjek secara automatik supaya kekal dalam komposisi.
- 4K Dual-View Video: Merakam persembahan di pentas dan reaksi korang menggunakan kamera depan serta belakang secara serentak.
Jadi, walaupun duduk jauh dari pentas, korang masih mempunyai lebih banyak pilihan untuk merakam penyanyi kegemaran dengan jelas!
Dimensity 9600M & Bateri 7500mAh: Sesuai Untuk Travel Seharian!
Dari segi prestasi, vivo X500 dikuasakan oleh MediaTek Dimensity 9600M bersama vivo Imaging Chip V3+ untuk menyokong pemprosesan imej dan rakaman video.
Paparan ZEISS Master Color Display pula menyokong 1.07 bilion warna, gamut 100% P3 dan Ultra XDR untuk pengalaman visual yang lebih menarik.
Paling penting, telefon ini dilengkapi bateri BlueVolt 7500mAh yang besar, sesuai untuk penggunaan intensif seperti mengambil gambar, merakam video, menggunakan navigasi dan menyunting konten ketika bercuti.
Ia turut mempunyai penarafan IP68 & IP69 serta Wet & Greasy Touch Control untuk memudahkan penggunaan ketika tangan basah.
OriginOS 7: Lancar & Mesra Pengguna Apple
vivo X500 menjalankan OriginOS 7 dengan Origin Smooth Engine dan Fluid Motion untuk animasi yang lebih lancar. Sistem ini turut melalui ujian anti-penuaan makmal selama 72 bulan.
Menariknya, OriginOS 7 juga menawarkan fungsi Cross-Ecosystem Connectivity untuk memudahkan penggunaan bersama peranti Apple yang serasi.
Antaranya termasuk sokongan tertentu untuk Apple Watch, paparan status bateri AirPods melalui Origin Island, akses fail iCloud dan penggunaan telefon sebagai kamera web MacBook melalui Office Kit.
Jadi, kalau korang menggunakan beberapa peranti Apple, peralihan ke vivo mungkin lebih mudah berbanding sebelum ini, tertakluk pada keserasian peranti dan perisian.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, vivo X500 menawarkan gabungan menarik antara reka bentuk premium, kamera ZEISS dan fungsi video kreatif.
Bagi kaki travel, 4K Cinematic Colour Video memudahkan korang menghasilkan video ala filem. Untuk kaki konsert pula, kamera telefoto ZEISS APO bersama Telephoto Extender Gen 2 memberikan lebih banyak fleksibiliti ketika merakam dari jarak jauh.
Ditambah dengan bateri 7500mAh, OriginOS 7 dan warna Sunny White yang elegan, vivo X500 sememangnya sebuah flagship yang menarik untuk mereka yang gemar merakam dan berkongsi momen harian.
Nak tahu sama ada vivo X500 sesuai untuk korang? Apa kata singgah ke vivo Experience Store atau pengedar sah vivo yang berdekatan untuk mencuba sendiri kehebatan kamera ZEISS, fungsi video sinematik dan melihat warna Sunny White dengan lebih dekat!
Untuk maklumat lanjut, sila layari vivo.com/my.






