Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI FreeBuds SE 5 MAX: Bateri 80 Jam, Adaptive ANC 52dB, Harga Serendah RM100+ Sahaja — MAX POWER, MAX ANC!

HUAWEI FreeBuds SE 5 MAX: Bateri 80 Jam, Adaptive ANC 52dB, Harga Serendah RM100+ Sahaja — MAX POWER, MAX ANC! 1

HUAWEI FreeBuds SE 5 MAX: Bateri 80 Jam, Adaptive ANC 52dB, Harga Serendah RM100+ Sahaja — MAX POWER, MAX ANC! 2

HUAWEI secara rasminya telah memperkenalkan HUAWEI FreeBuds SE 5 MAX, sebuah peranti audio TWS yang menawarkan nilai belian terbaik dipasaran dengan jangka hayat bateri sehingga 80 jam, teknologi Adaptive ANC sehingga 52dB, sambungan dua peranti merentas platform iOS dan Android, sokongan Hi-Res Audio serta penarafan kalis habuk dan air IP55.

Fon telinga ini menawarkan pakej ciri yang menarik untuk dipertimbangkan pada harga yang ditawarkan. Untuk menikmati pengalaman yang lebih lengkap dan mengakses ciri tambahan, pengguna juga boleh memuat turun aplikasi HUAWEI Audio Connect.

Dari segi rekaan, HUAWEI FreeBuds SE 5 MAX tampil dengan reka bentuk penutup separa lutsinar (semi-transparent cover design) yang memberikan penampilan lebih segar dan berbeza dalam pasaran fon telinga tanpa wayar. Ia ditawarkan dalam tiga pilihan warna, iaitu White, Blue dan Black, dengan setiap earbud mempunyai berat hanya 4.3 gram untuk keselesaan ketika digunakan.

Menariknya, reka bentuk ergonomik fon telinga ini dibangunkan menggunakan platform simulasi ergonomik proprietari HUAWEI yang berdasarkan lebih daripada 10,000 profil bentuk telinga dan puluhan juta titik data. Pendekatan ini membantu memastikan pemakaian yang lebih selesa, stabil dan kemas, termasuk untuk penggunaan dalam tempoh yang panjang.

HUAWEI FreeBuds SE 5 MAX: Bateri 80 Jam, Adaptive ANC 52dB, Harga Serendah RM100+ Sahaja — MAX POWER, MAX ANC! 3

MAX POWER – Jangka Hayat Bateri Ultra – sehingga, 80jam 

Dari segi bateri, HUAWEI FreeBuds SE 5 MAX menawarkan jangka hayat penggunaan sehingga 80 jam bersama bekas pengecasan, manakala setiap earbud mampu bertahan sehingga 10 jam dengan sekali pengecasan.

Bateri HUAWEI FreeBuds SE 5 Max ini mampu menawarkan sehingga 2 minggu dengan penggunaan purata harian sekitar 6 jam sehari apabila ANC dimatikan atau 4 jam sehari apabila ANC dihidupkan.

Jika bateri hampir habis, pengecasan pantas selama 10 minit juga mampu memberikan sehingga empat jam pendengaran, sesuai untuk pengguna yang sentiasa sibuk dan kerap bergerak.

Dalam pada itu, FreeBuds SE 5 MAX ini memiliki kapasiti bateri keseluruhan 920mAh (bersama bekas pengecasan) dan ini meningkatkan hayat bateri sebanyak 60% jika berbanding hayat bateri yang ditawarkan pada FreeBuds SE 4 ANC.

HUAWEI FreeBuds SE 5 MAX: Bateri 80 Jam, Adaptive ANC 52dB, Harga Serendah RM100+ Sahaja — MAX POWER, MAX ANC! 4

MAX ANC – Adaptive ANC sehingga 52dB

Dari segi Active Noise Cancellation (ANC), HUAWEI FreeBuds SE 5 MAX dilengkapi teknologi Adaptive ANC sehingga 52dB bagi membantu mengurangkan bunyi persekitaran secara adaptif untuk pengalaman mendengar yang lebih imersif.

Pengguna boleh memilih antara tiga mod ANC melalui aplikasi HUAWEI Audio Connect, iaitu mod Ultra, General dan Cozy, mengikut kesesuaian persekitaran. Selain itu, mod Dynamic turut disediakan untuk mengesan bunyi sekeliling secara pintar dan melaraskan tahap ANC secara adaptif.

Bagi penggunaan di luar bangunan, HUAWEI FreeBuds SE 5 MAX juga hadir dengan mod Wind noise reduction yang boleh diaktifkan dengan satu sentuhan untuk membantu mengurangkan gangguan angin ketika mendengar muzik atau membuat panggilan. Menariknya, enam mikrofon terbina turut menyokong ANC semasa panggilan bagi membantu menghasilkan suara yang lebih jelas walaupun dalam persekitaran bising.

Ciri ini amat berguna untuk mereka yang sentiasa bergerak, termasuk penghantar makanan yang kerap menerima panggilan ketika bekerja di persekitaran luar yang bising.

HUAWEI FreeBuds SE 5 MAX: Bateri 80 Jam, Adaptive ANC 52dB, Harga Serendah RM100+ Sahaja — MAX POWER, MAX ANC! 5

Dual Connections merentasi iOS & Android

Dari segi sambungan, HUAWEI FreeBuds SE 5 MAX dilengkapi teknologi Bluetooth 6.0 bersama ciri Dual-device Connection yang membolehkan earbuds ini disambungkan kepada dua peranti serentak, seperti telefon pintar dan komputer riba. Pengguna boleh bertukar antara kedua-dua peranti dengan mudah tanpa perlu memutuskan sambungan dan menyambungkannya semula secara manual.

Menariknya, fon telinga ini turut menyokong peranti iOS dan Android, menjadikannya pilihan fleksibel tanpa mengira jenama telefon pintar yang digunakan.

Untuk pengalaman penggunaan yang lebih diperibadikan, pengguna boleh memuat turun aplikasi HUAWEI Audio Connect. Melalui aplikasi ini, pengguna boleh melaraskan mod ANC, menetapkan kawalan gerak isyarat, mengaktifkan pembantu suara serta menggunakan fungsi Find Device untuk membantu mencari fon telinga yang tersalah letak, selain menikmati pelbagai ciri tambahan yang disediakan.

HUAWEI FreeBuds SE 5 MAX: Bateri 80 Jam, Adaptive ANC 52dB, Harga Serendah RM100+ Sahaja — MAX POWER, MAX ANC! 6

Hi-Res Audio Certified

Dari segi audio, HUAWEI FreeBuds SE 5 MAX menyokong pensijilan Hi-Res Audio dan codec LDAC dengan penghantaran audio sehingga 990kbps, yang menawarkan bunyi yang lebih terperinci dan semula jadi. Ia turut dilengkapi pemacu dinamik 10mm untuk kualiti audio yang lebih menyeluruh.

Pengguna boleh memilih empat tetapan EQ, iaitu Default, Bass Boost, Treble Boost dan Voices, serta mencipta sehingga tiga profil EQ tersuai melalui aplikasi HUAWEI Audio Connect.

Penarafan IP55 – Terbaik Untuk Kegunaan Harian

Dengan penarafan IP55, HUAWEI FreeBuds SE 5 MAX menawarkan ketahanan terhadap habuk dan percikan air untuk penggunaan harian yang lebih meyakinkan. Ia sesuai digunakan ketika hujan renyai atau peluh ketika bersenam , tanpa perlu terlalu bimbang terhadap pendedahan air dalam keadaan biasa.

HUAWEI FreeBuds SE 5 MAX: Bateri 80 Jam, Adaptive ANC 52dB, Harga Serendah RM100+ Sahaja — MAX POWER, MAX ANC! 7

Dapatkan HUAWEI FreeBuds SE 5 MAX 

Pada harga sekitar RM 100+ sahaja, HUAWEI FreeBuds SE 5 MAX merupakan sebuah earbuds yang menawarkan nilai yang sangat menarik seperti jangka bateri sehingga 80 jam, ciri Adaptive ANC sehingga 52dB dan pengecasan pantas untuk pengalaman audio tanpa gangguan. MAX POWER, MAX ANC! Jangan lepaskan peluang untuk menikmati ciri premium pada harga berbaloi.

🛒HUAWEI Official Store Malaysia

🛒 HUAWEI Flagship Store di Lazada

🛒HUAWEI Official Store di Shopee

🛒HUAWEI Store Malaysia di TikTok Shop

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.