Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 16 Pro Harry Potter Edition Rasmi Di Malaysia – Harga RM2,699

realme 16 Pro Harry Potter Edition Rasmi Di Malaysia - Harga RM2,699 1

realme 16 Pro Harry Potter Edition Rasmi Di Malaysia - Harga RM2,699 2

realme secara rasminya telah melancarkan realme 16 Pro Harry Potter Edition di Malaysia hasil kerjasama bersama Warner Bros. Discovery Global Consumer Products.

Edisi khas ini hadir dengan reka bentuk bertemakan dunia Harry Potter, termasuk teknologi Quadra Light-Sensing Color-changing yang didakwa sebagai pertama di dunia. Teknologi ini membolehkan empat lambang rumah Hogwarts pada bahagian belakang telefon berubah kepada warna masing-masing apabila terkena cahaya matahari.

realme 16 Pro Harry Potter Edition Rasmi Di Malaysia - Harga RM2,699 3

Bagi meraikan pelancarannya, realme juga menganjurkan pengalaman “Welcome to Hogwarts” di Blue Concourse, Sunway Pyramid dari 21 hingga 27 September. Pengunjung boleh menyertai cabaran empat rumah Hogwarts, mendapatkan barangan eksklusif Harry Potter dan menikmati pelbagai aktiviti interaktif.

Selain itu, bagi yang mendapatkan realme 16 Pro Harry Potter Edition di lokasi tersebut juga berpeluang menerima hadiah percuma bernilai lebih RM1,200, menyertai cabutan bertuah untuk memenangi motosikal eksklusif serta mendapatkan tawaran trade-in dengan lanjutan waranti.

realme 16 Pro Harry Potter Edition Rasmi Di Malaysia - Harga RM2,699 4

Dari segi reka bentuk, realme 16 Pro Harry Potter Edition menggunakan kemasan Brown dengan tekstur kulit Argyle yang diinspirasikan daripada babak Wizard’s Chess. Ia turut dilengkapi kamera belakang dengan rekaan diinspirasikan oleh Hedwig, manakala tulisan “Welcome to Hogwarts” diukir menggunakan laser pada bingkai logam.

Seterusnya, empat lambang rumah Hogwarts pada panel belakang pula menggunakan teknologi perubahan warna tersebut, memberikan efek seakan-akan proses Sorting Hat apabila terkena cahaya matahari. Peranti ini turut hadir dengan Exclusive Custom UI yang menampilkan wallpaper, ikon aplikasi, animasi dan GT Mode bertemakan Hogwarts.

realme 16 Pro Harry Potter Edition Rasmi Di Malaysia - Harga RM2,699 5

Untuk pengalaman unboxing, realme menyediakan kotak koleksi edisi terhad yang direka menyerupai trunk ikonik Harry Potter. Di dalamnya terdapat surat penerimaan Hogwarts, tiket kereta api Platform 9¾, penanda buku empat rumah Hogwarts, poskad watak, sarung telefon dengan logo Hogwarts serta phone pin.

Bagi fotografi pula, realme 16 Pro Harry Potter Edition dilengkapi 200MP LumaColor Camera bersama teknologi TÜV-certified LumaColor IMAGE. Sistem ini direka untuk menghasilkan potret dengan perincian, kedalaman dan tona warna kulit yang lebih natural, termasuk kesan bokeh yang lebih kemas.

realme 16 Pro Harry Potter Edition Rasmi Di Malaysia - Harga RM2,699 6

Pada masa sama, realme turut memperkenalkan realme Buds T500 Pro Harry Potter Edition pada harga RM399. Edisi khas ini hadir dengan earbuds berwarna Brown, bersama charging case ultra-kompak yang direka menyerupai trunk Harry Potter serta tali silang gaya kolej yang membolehkan case dipakai sebagai aksesori.

Dari segi audio, earbuds ini menawarkan 50dB Adaptive Noise Cancellation, julat frekuensi ultra lebar sehingga 5,000Hz, driver titanium-plated 12.4mm dan sokongan Hi-Res Audio.

realme 16 Pro Harry Potter Edition akan mula dijual pada 21 September dengan hanya 5,000 unit tersedia di seluruh dunia pada harga RM2,699. Sementara itu, realme Buds T500 Pro Harry Potter Edition ditawarkan pada harga RM399.

Kedua-duanya boleh didapati melalui realme Brand Stores, pengedar sah serta Shopee, Lazada dan TikTok Shop rasmi realme.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.