Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR X9e Pro – 5 Pencapaian No.1 yang ada pada telefon pintar ini

HONOR X9e Pro - 5 Pencapaian No.1 yang ada pada telefon pintar ini 1

HONOR baru-baru ini telah mengesahkan pelancaran generasi baharu telefon pintar HONOR X Series iaitu HONOR X9e Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 24 September ini dengan misi meneruskan lagi dominasi model ini sebagai telefon pintar pilihan utama rakyat Malaysia.

HONOR X9e Pro - 5 Pencapaian No.1 yang ada pada telefon pintar ini 2

Model terbaharu ini tampil dengan lima pengiktirafan No. 1 yang merangkumi aspek kapasiti bateri terbesar, ketahanan, rintangan air, paparan paling terang serta siri telefon pintar kelas pertengahan paling laris di Malaysia.

Jom kita lihat 5 pencapaian No.1 HONOR X9e Pro ini

HONOR X9e Pro - 5 Pencapaian No.1 yang ada pada telefon pintar ini 3

No. 1 Dari Segi Ketahanan: Rintangan Jatuh Bertaraf Industri

HONOR X9e Pro ini hadir dengan teknologi HONOR Ultra-Bounce Anti-Drop Technology 4.0, yang diinspirasikan daripada sistem keselamatan Halo yang digunakan pada kereta Formula 1.

Selain itu, HONOR X9e Pro juga mampu kekal kukuh daripada kejatuhan sehingga 3 meter pada 10 permukaan berbeza, termasuk batu turap, asfalt dan granit kasar.

Dalam pada itu, teknologi 360° Dynamic Drop Resistance pula memberikan perlindungan daripada kejatuhan tidak menentu dari pelbagai sudut. Ia mampu menahan kejatuhan dinamik dari semua sudut sehingga 1.2 meter, sekali gus mengurangkan risiko kerosakan skrin sehingga 82%.

Seterusnya, ketahanan luar biasa HONOR X9e Pro ini juga telah menerima pengiktirafan SGS 5 Star bagi kebolehpercayaan komprehensif, termasuk ketahanan terhadap jatuhan dalam keadaan yang mencabar.

HONOR X9e Pro - 5 Pencapaian No.1 yang ada pada telefon pintar ini 4

No. 1 Dengan Kapasiti Bateri Terbesar 11,000mAh

HONOR X9e Pro dilengkapi bateri berkapasiti 11,000mAh berbanding bateri berkapasiti 8,300mAh pada generasi sebelumnya yang bermaksud ianya adalah peningkatan 32.5%.

Ini bermaksud satu HONOR X9e Pro menawarkan kapasiti bateri bersamaan lebih daripada dua unit iPhone 16 Pro Max, 183 set fon telinga, malah melebihi kapasiti power bank 10,000mAh yang sebelum ini dianggap besar.

Kapasiti bateri yang dimiliki oleh HONOR X9e Pro ini membolehkan pengguna kekal berhubung lebih lama ketika perjalanan jauh, bekerja di luar atau melakukan tugasan harian yang memerlukan penggunaan intensif, hanya dengan satu pengecasan penuh.

HONOR X9e Pro - 5 Pencapaian No.1 yang ada pada telefon pintar ini 5

Dengan sokongan pengecasan berbalik berwayar 27W, HONOR X9e Pro juga boleh berfungsi sebagai sumber kuasa mudah alih berkuasa tinggi. Dalam demonstrasi, peranti ini mampu mengecas iPhone, jam tangan pintar dan fon telinga secara serentak, sambil membekalkan kuasa kepada monitor mudah alih.

Apabila memerlukan pengecasan, 80W HONOR SuperCharge pula menawarkan pengecasan pantas dan cekap dengan masa menunggu yang minimum.

HONOR X9e Pro - 5 Pencapaian No.1 yang ada pada telefon pintar ini 6

No. 1 Dengan Rintangan Air Ultra-Tahan

Melengkapkan ketahanan ekstrem HONOR X9e Pro ialah perlindungan air bertaraf industri yang disokong oleh IP68, IP69 dan penarafan tertinggi IP69K.

Perlindungan IP69K membolehkan peranti ini bertahan daripada pancutan air bertekanan tinggi serta air bersuhu tinggi, memberikan keyakinan lebih ketika hujan lebat, melakukan penghantaran makanan, aktiviti sukan air, memancing dan pelbagai aktiviti luar.

Walaupun sudah mencapai tahap perlindungan IP tertinggi, HONOR terus meningkatkan lagi tahap ketahanan airnya. HONOR X9e Pro mampu bertahan apabila direndam pada kedalaman sehingga 10 meter dan telah diuji melalui 100,000 kitaran rendaman, membolehkan pengguna mengambil gambar di dalam air dengan lebih yakin.

Diinspirasikan daripada seni bina kalis air kapal selam, peranti ini menggunakan sistem pengedapan tiga lapisan serta perlindungan berasingan pada bahagian penting termasuk butang, pembesar suara, port USB-C dan dulang SIM.

HONOR X9e Pro - 5 Pencapaian No.1 yang ada pada telefon pintar ini 7

No. 1 Paparan Paling Terang, Sehingga 10,000 Nits

HONOR X9e Pro hadir dengan skrin paparan yang paling cerah dipasaran iaitu dengan kecerahan puncak mencecah 10,000 nits yang bertaraf industri.

Ini menjadikan paparan HONOR X9e Pro bukan hanya tahan lasak malah kekal jelas dan mudah dilihat walaupun digunakan dalam keadaan pencahayaan luar yang sangat terang.

HONOR X9e Pro - 5 Pencapaian No.1 yang ada pada telefon pintar ini 8

No. 1 Siri Telefon Pintar Kelas Pertengahan Paling Laris di Malaysia

HONOR X9e Pro dilihat bakal meneruskan rekod kukuh siri X, yang merupakan siri telefon pintar kelas pertengahan No. 1 paling laris di Malaysia. Sehingga Mac 2026, siri ini telah mengekalkan kedudukan teratas selama 37 bulan berturut-turut, dengan bahagian pasaran tertinggi mencecah 77% — bersamaan lebih daripada tiga daripada setiap empat telefon pintar yang dijual dalam segmen kelas pertengahan pada kemuncaknya.

Pada suku pertama 2026, HONOR turut mencatatkan 21% bahagian pasaran telefon pintar keseluruhan di Malaysia, dengan siri X menjadi antara pemacu utama prestasi jenama tersebut.

HONOR X9e Pro - 5 Pencapaian No.1 yang ada pada telefon pintar ini 9

HONOR turut mengesahkan bahawa X9e Pro empat pilihan warna untuk peranti ini, setiap satunya menampilkan kemasan berimej metalik premium: Royal Purple, Dawn Gold, Reddish Brown dan Midnight Black.

Nantikan pelancaran HONOR X9e Pro pada 24 September ini untuk mengetahui segala maklumat spesifikasi dan harga telefon pintar ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.