Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sennheiser Lancar Tiga Produk Audio Baharu Di Malaysia – Harga Bermula RM999

Sennheiser Lancar Tiga Produk Audio Baharu Di Malaysia - Harga Bermula RM999 1

 

Sennheiser secara rasminya memperkenalkan tiga produk audio baharu untuk pasaran Malaysia iaitu MOMENTUM 5 Wireless, MOMENTUM True Wireless 5 dan ACCENTUM Clip.

Ketiga-tiga produk ini hadir dalam kategori berbeza bagi memenuhi keperluan pengguna, daripada fon kepala over-ear untuk pengalaman audio lebih imersif, earbuds true wireless untuk penggunaan harian sehinggalah earbuds open-ear yang membolehkan pengguna kekal peka terhadap bunyi persekitaran.

Pelancaran rasmi ketiga-tiga produk ini berlangsung di Kuala Lumpur pada 22 September 2026 dan turut memperlihatkan setiap produk menerusi beberapa zon pengalaman yang disediakan untuk media, pencipta kandungan serta rakan kongsi tempatan.

Sennheiser Lancar Tiga Produk Audio Baharu Di Malaysia - Harga Bermula RM999 2

MOMENTUM 5 Wireless

Bagi pengguna yang mahukan pengalaman mendengar lebih imersif, MOMENTUM 5 Wireless hadir sebagai model flagship dalam kategori fon kepala tanpa wayar Sennheiser.

Antara peningkatan utama ialah sistem active noise cancellation (ANC) yang kini menggunakan empat mikrofon pada setiap sisi untuk fungsi ANC dan transparency. Menurut Sennheiser, peningkatan jumlah mikrofon ini membantu mengurangkan gangguan bunyi dari persekitaran seperti perbualan di sekeliling dan bunyi dalam kabin kapal terbang.

Ia turut dilengkapi transduser 42mm yang direka untuk menghasilkan bunyi lebih penuh bersama bass dinamik. Sokongan spatial audio juga disediakan bagi memberikan pengalaman pendengaran yang lebih imersif.

Selain itu, sokongan Dolby Atmos® dengan fungsi head-tracking akan diperkenalkan menerusi kemas kini perisian untuk kandungan yang serasi.

Dari segi ketahanan bateri, MOMENTUM 5 Wireless mampu menawarkan sehingga 57 jam penggunaan walaupun ANC diaktifkan. Menariknya, bateri fon kepala ini juga boleh diganti oleh pengguna, sekali gus membantu memanjangkan jangka hayat penggunaan produk.

MOMENTUM 5 Wireless ditawarkan dalam warna Black, White dan Denim pada harga RM1,999.

Sennheiser Lancar Tiga Produk Audio Baharu Di Malaysia - Harga Bermula RM999 3

MOMENTUM True Wireless 5

Bagi mereka yang lebih mengutamakan reka bentuk kompak, MOMENTUM True Wireless 5 membawa pengalaman siri MOMENTUM ke dalam format true wireless.

Earbuds ini menggunakan transduser dinamik TrueResponse 7mm yang dipadankan dengan sistem adaptive hybrid ANC yang dipertingkatkan. Gabungan ini bertujuan menghasilkan bunyi lebih terperinci sambil membantu mengurangkan gangguan bunyi dari persekitaran.

Sokongan Dolby Atmos® bersama interactive head-tracking turut tersedia untuk kandungan yang serasi bagi memberikan pengalaman spatial audio.

Sennheiser Lancar Tiga Produk Audio Baharu Di Malaysia - Harga Bermula RM999 4

Sennheiser turut memberikan perhatian kepada kualiti panggilan menerusi sistem suara berasaskan AI yang membantu meningkatkan tangkapan suara pengguna ketika berada dalam persekitaran yang bising.

Reka bentuk earbuds juga telah diperbaharui untuk memberikan keselesaan serta kesesuaian yang lebih stabil ketika digunakan.

Untuk bateri, MOMENTUM True Wireless 5 menawarkan sehingga 12 jam masa main balik dengan satu pengecasan. Dengan charging case, jumlah masa penggunaan boleh mencapai sehingga 40 jam.

Ia hadir dalam lima pilihan warna iaitu Graphite, Copper, Cream, Denim dan Lavender pada harga RM1,699.

Sennheiser Lancar Tiga Produk Audio Baharu Di Malaysia - Harga Bermula RM999 5

ACCENTUM Clip

Berbeza daripada dua model MOMENTUM, ACCENTUM Clip menggunakan konsep open-ear yang membiarkan saluran telinga kekal terbuka ketika mendengar audio.

Reka bentuk ini membolehkan pengguna mendengar muzik atau kandungan audio sambil masih menyedari bunyi di sekeliling tanpa perlu menggunakan transparency mode. Ia menjadikannya sesuai untuk penggunaan ketika berulang-alik, berjalan atau melakukan aktiviti kecergasan.

Setiap earbuds mempunyai berat hanya 6.8 gram dan menggunakan jambatan silikon fleksibel untuk memastikan kedudukannya kekal stabil ketika pengguna bergerak.

Sennheiser Lancar Tiga Produk Audio Baharu Di Malaysia - Harga Bermula RM999 6

Ia turut mempunyai penarafan IP54 yang memberikan perlindungan terhadap habuk serta peluh.

Untuk penggunaan harian, ACCENTUM Clip menawarkan sehingga sembilan jam masa main balik dengan satu pengecasan, manakala jumlah penggunaan bersama charging case boleh mencapai sehingga 36 jam.

Dari segi sambungan, ia menyokong Bluetooth® 6.0 serta multipoint connectivity, membolehkan pengguna menyambungkan earbuds kepada lebih daripada satu peranti yang serasi.

Sistem pengurangan hingar berasaskan AI turut digunakan untuk membantu menghasilkan suara yang lebih jelas ketika membuat panggilan.

ACCENTUM Clip ditawarkan dalam warna Black dan Cream pada harga RM999. Sennheiser turut menggunakan pembungkusan tanpa plastik untuk model ini sebagai sebahagian daripada pendekatan lebih mesra alam.

Harga Dan Ketersediaan

Ketiga-tiga produk baharu Sennheiser ini kini boleh didapati di Malaysia menerusi kedai dalam talian rasmi Sennheiser, kedai rasmi Sennheiser di Shopee dan Lazada serta peruncit sah di seluruh negara.

– Sennheiser MOMENTUM 5 Wireless – Black, White, Denim – RM1,999
– Sennheiser MOMENTUM True Wireless 5 – Graphite, Copper, Cream, Denim, Lavender – RM1,699
– Sennheiser ACCENTUM Clip – Black, Cream – RM999

 

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.