Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO A7 Pro Series kini rasmi di Malaysia – A7 Pro Max hadir dengan bateri 10,000mAh

OPPO A7 Pro Series kini rasmi di Malaysia - A7 Pro Max hadir dengan bateri 10,000mAh 1

OPPO A7 Pro Series kini rasmi di Malaysia - A7 Pro Max hadir dengan bateri 10,000mAh 2

OPPO secara rasminya telah memperkenalkan OPPO A7 Pro 5G dan OPPO A7 Pro Max 5G, dua telefon pintar baharu yang menawarkan sistem kamera berasaskan AI, bateri berkapasiti besar serta sokongan pengecasan pantas. Kedua-dua model ini direka untuk pengguna yang mahukan pengalaman penggunaan yang lancar dan boleh dipercayai, selain menawarkan sistem kamera dengan penghasilan warna yang lebih tepat.

Pengimejan Direka Mengikut Keperluan Pengguna

OPPO A7 Pro Series hadir dengan kamera selfie 50MP Ultra-Wide AI Zoom dengan sudut pandangan 100°, membolehkan lebih ramai orang dan latar belakang dimuatkan dalam satu gambar.

Ianya juga memiliki ciri AI Auto Wide-Angle Switch yang akan melaras sudut secara automatik antara 1x dan 0.6x berdasarkan jumlah orang dalam bingkai. Sementara itu, Natural Tone for A-Series membantu menghasilkan tona kulit yang lebih semula jadi dengan mengurangkan kesan pemutihan dan pelicinan wajah berlebihan.

OPPO A7 Pro Series kini rasmi di Malaysia - A7 Pro Max hadir dengan bateri 10,000mAh 3

Di bahagian belakang pula, sensor utama 50MP 1/2″ yang digunakan mampu menangkap 70% lebih banyak cahaya berbanding generasi sebelumnya. Hasilnya, gambar menjadi lebih jelas, tajam dan kurang hingar.

AI Night Mode dengan algoritma RAW Super Night pula membantu memulihkan perincian pada bahagian terang dan gelap ketika mengambil gambar dalam keadaan kurang cahaya, termasuk mengurangkan masalah wajah kabur dan hingar.

Untuk pengguna yang gemar berkongsi kandungan di media sosial, ciri baharu AI Popout pada A7 Pro dan A7 Pro Max membolehkan subjek seolah-olah keluar daripada bingkai asal untuk menghasilkan kolaj yang lebih menarik.

OPPO A7 Pro Series kini rasmi di Malaysia - A7 Pro Max hadir dengan bateri 10,000mAh 4 OPPO A7 Pro Series kini rasmi di Malaysia - A7 Pro Max hadir dengan bateri 10,000mAh 5

Bateri Besar Untuk Penggunaan Lebih Lama

OPPO A7 Pro Max 5G dilengkapi bateri ultra-nipis berkapasiti 10,000mAh yang direka untuk penggunaan sepanjang hari. Ia mampu menawarkan sehingga 30.9 jam penggunaan Google Maps, 14.7 jam panggilan video WhatsApp dan sehingga 15 jam permainan MLBB dengan satu cas.

Pengecasan 80W SUPERVOOC Flash Charge pula membolehkan bateri dicas penuh dalam masa 91 minit, manakala pengecasan selama lima minit boleh memberikan sekitar 11% kuasa.

OPPO A7 Pro 5G pula membawa bateri 8,000mAh bersama pengecasan 45W SUPERVOOC Flash Charge. Ia boleh dicas penuh dalam masa 101 minit dan menawarkan sehingga 27.97 jam penggunaan navigasi.

Kedua-dua model turut menyokong Reverse Wired Charging untuk mengecas aksesori lain ketika dalam perjalanan.

OPPO A7 Pro Series kini rasmi di Malaysia - A7 Pro Max hadir dengan bateri 10,000mAh 6

Promosi Pembelian Awal

Dari 11 hingga 18 September 2026, pelanggan yang membuat pembelian melalui OPPO Online Store boleh mendapatkan mendapatkan Deal Pack bernilai RM629 pada harga RM50 .

Pembeli A7 Pro Max akan menerima kupon hadiah OPPO Enco Air4, manakala pembeli A7 Pro akan menerima kupon hadiah OPPO Enco Buds3 Pro. Tawaran ini hanya tersedia melalui laman rasmi OPPO.

Selain itu, semua pembeli turut menikmati rebat pelancaran iaitu RM200 untuk A7 Pro Max dan RM100 untuk A7 Pro.

Tawaran pembelian pwp turut disediakan, termasuk OPPO Portable Wireless Speaker pada harga RM149 berbanding harga runcit RM249, serta OPPO Enco Buds3 pada harga RM99 berbanding RM129, sementara stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini, sila layari OPPO Online Store melalui pautan yang disediakan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.