viaim OpenNote + NoteKit – Kurangkan Masa Urus Mesyuarat, Lebihkan Masa Untuk Kerja

viaim OpenNote + NoteKit – Kurangkan Masa Urus Mesyuarat, Lebihkan Masa Untuk Kerja
Mesyuarat mungkin mengambil masa sejam, tetapi kerja selepasnya kadangkala lebih memenatkan. Rakaman perlu didengar semula, isi penting perlu disusun dan tugasan susulan pula perlu dikenal pasti.
Jika ada beberapa mesyuarat dalam sehari, banyak masa akhirnya digunakan untuk mengurus nota dan bukannya menyiapkan kerja sebenar.
viaim OpenNote + NoteKit cuba memudahkan proses ini dengan AI — daripada rakaman dan transkripsi, sehinggalah menghasilkan ringkasan, peta minda serta tugasan susulan.
OpenNote – Rakam Terus Bila Diperlukan
viaim OpenNote ialah fon telinga AI jenis open-ear dengan berat sekitar 10g untuk setiap fon telinga, sesuai untuk penggunaan lebih lama ketika bekerja atau menghadiri mesyuarat.
Antara ciri utamanya ialah FlashRecord, yang membolehkan rakaman dimulakan dengan hanya menekan dan menahan fon telinga.
Tidak perlu membuka aplikasi atau mempunyai sambungan internet. Rakaman disimpan terlebih dahulu pada fon telinga sebelum dipindahkan ke aplikasi mudah alih untuk transkripsi dan pemprosesan AI.
Ia berguna untuk mesyuarat, temu bual, perbincangan spontan atau apabila muncul idea penting yang perlu direkodkan dengan segera.
Lebih Praktikal Untuk Mesyuarat Pelbagai Bahasa
Dalam persekitaran kerja di Malaysia, mesyuarat melibatkan lebih daripada satu bahasa atau loghat bukan sesuatu yang luar biasa, terutamanya apabila bekerja dengan pasukan serantau.
OpenNote menyokong transkripsi dan terjemahan masa nyata untuk 78 bahasa serta 145 loghat dan variasi bahasa.
Selepas rakaman, AI turut membantu menghasilkan ringkasan, mengenal pasti isi penting dan tugasan susulan, membezakan penutur serta menghasilkan peta minda.
Jadi, pengguna tidak perlu bermula semula dengan mendengar keseluruhan rakaman hanya untuk mencari perkara penting.
NoteKit Bawa Pengalaman Sama Ke Komputer
Untuk penggunaan di meja kerja, NoteKit boleh disambungkan ke komputer melalui USB bagi merakam mesyuarat dalam talian, perbualan bersemuka serta audio daripada komputer.
Ia sesuai digunakan untuk mesyuarat menerusi Zoom, Microsoft Teams dan Google Meet, selain kandungan seperti kelas dalam talian, video dan podcast.
Secara ringkas, OpenNote sesuai untuk rakaman ketika bergerak, manakala NoteKit melengkapkan penggunaan di komputer.
Dari Mesyuarat Terus Kepada Tindakan
Bahagian yang paling memakan masa bukanlah merakam mesyuarat, tetapi mengurus maklumat selepas mesyuarat tamat.
Cara biasa:
❌ Mesyuarat → Catat nota → Dengar semula rakaman → Susun isi penting → Senaraikan tugasan
Dengan viaim:
✅ Mesyuarat → Transkripsi AI → Ringkasan & peta minda → Tugasan susulan → Terus bekerja
Perbezaannya mungkin kecil untuk satu mesyuarat. Tetapi bagi mereka yang mempunyai beberapa mesyuarat, temu bual atau perbincangan setiap hari, masa yang dijimatkan boleh memberi kesan kepada produktiviti.
Kurang Mengurus, Lebih Banyak Boleh Disiapkan
Kekuatan viaim OpenNote + NoteKit bukan sekadar pada rakaman, tetapi bagaimana kedua-duanya membantu memendekkan kerja selepas mesyuarat.
OpenNote membantu merakam perbualan dengan pantas, NoteKit membawa fungsi rakaman ke komputer, sementara AI membantu mengubah rakaman kepada transkripsi, ringkasan, peta minda dan tugasan susulan.
Kurang mencatat, kurang menyusun dan lebih banyak masa untuk menyiapkan kerja.
viaim OpenNote dan NoteKit kini boleh didapati menerusi kedai rasmi viaim di Shopee dan Lazada Malaysia. Rebut promosi pelancaran yang sedang berlangsung untuk melengkapkan aliran kerja anda dengan bantuan AI.





