Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo V80 Lite kini rasmi di Malaysia dengan bateri BlueVolt 10,000mAh – dari RM 1,399

vivo V80 Lite kini rasmi di Malaysia dengan bateri BlueVolt 10,000mAh - dari RM 1,399 1

 

vivo V80 Lite kini rasmi di Malaysia dengan bateri BlueVolt 10,000mAh - dari RM 1,399 2

vivo secara rasminya telah melancarkan vivo V80 Lite 5G menerusi acara Glass House Showcase 10,000mAh Always Powered yang berlangsung di Bukit Bintang (Lot 10)

Pameran interaktif di tengah-tengah ibu kota ini mengetengahkan ketahanan bateri luar biasa peranti tersebut menerusi pelbagai cabaran, termasuk penampilan pelakon popular Malaysia, Aedy Ashraf.

vivo V80 Lite 5G menggabungkan Bateri BlueVolt berkapasiti 10,000mAh, kuasa stabil dalam suhu sehingga 45°C, reka bentuk bergaya serta prestasi yang mampu menyokong penggunaan sepanjang hari.

vivo V80 Lite kini rasmi di Malaysia dengan bateri BlueVolt 10,000mAh - dari RM 1,399 3

Ketahanan luar biasanya turut mendapat pengiktirafan di peringkat global apabila peranti ini berjaya mencipta GUINNESS WORLD RECORDS™ bagi Siaran Langsung Ujian Produk Elektronik Paling Lama, dengan tempoh mengagumkan selama 32 jam 37 minit.

Menandakan pencapaian pertama siri V dalam kategori bateri 10,000mAh, vivo V80 Lite 5G direka untuk menyokong pelbagai aktiviti harian, daripada navigasi GPS dan panggilan bersama pelanggan hinggalah kepada hiburan berjam-jam dengan hanya sekali pengecasan. Bateri ini menggunakan teknologi anod silikon generasi keempat dan Magic Cube Battery Packaging daripada vivo, menawarkan sehingga 16 jam penggunaan intensif sambil mengekalkan reka bentuk yang nipis dan selesa digunakan.

Selain itu, peranti ini turut dilengkapi Sistem Penyejukan 3.8K Ultra Large VC bagi membantu memastikan suhu peranti kekal terkawal ketika digunakan untuk tempoh panjang atau di bawah cahaya matahari.

vivo V80 Lite kini rasmi di Malaysia dengan bateri BlueVolt 10,000mAh - dari RM 1,399 4

Ciri Battery Life Extender pula memastikan fungsi penting seperti panggilan kecemasan kekal tersedia walaupun baki bateri hanya tinggal 1%. Selain itu, fungsi Reverse Charging membolehkan vivo V80 Lite 5G digunakan sebagai power bank mudah alih untuk mengecas peranti lain seperti fon telinga TWS.

Dari segi ketahanan jangka panjang, algoritma pengecasan yang dibangunkan sendiri bersama sistem perlindungan enam lapisan membantu mengekalkan kesihatan bateri. vivo mendakwa kapasiti baterinya mampu kekal pada sekurang-kurangnya 80% walaupun selepas enam tahun penggunaan.

vivo V80 Lite 5G turut menawarkan ketahanan bertaraf ketenteraan dan mampu menahan jatuh dari ketinggian sehingga tiga meter di atas permukaan berkarpet serta satu meter di atas pelbagai permukaan keras. Dengan penarafan IP68 dan IP69, peranti ini direka untuk bertahan dalam air pada kedalaman sehingga 1.5 meter selama 30 minit, hujan lebat berterusan serta pelbagai jenis cecair yang biasa ditemui dalam kehidupan seharian.

Ketahanan habuk bertaraf IP6X pula membantu melindungi peranti daripada habuk pembinaan, ribut pasir dan pasir pantai. Skrinnya juga dikatakan mampu bertahan sehingga 2,500 kitaran ujian calar, manakala skrin sentuh kekal responsif walaupun digunakan dengan tangan yang basah atau berminyak.

Dari segi reka bentuk, vivo V80 Lite 5G tampil lebih anggun dengan bucu bulat dan bezel ultra nipis berukuran hanya 1.35mm, menghasilkan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 94.47%. Ia hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Afterglow Pink, Emerald Green dan Dawn Black.

Bahagian hadapan menampilkan skrin 1.5K High-Brightness OLED berukuran 6.83 inci yang mampu mencapai kecerahan sehingga 2,000 nits dalam Mod Kecerahan Tinggi. Skrin ini turut menyokong kadar segar semula 120Hz dan paparan 1.07 bilion warna untuk pengalaman tontonan yang lebih lancar.

Pengalaman hiburan turut dipertingkatkan menerusi Dual Stereo Speakers bersama Algoritma VEQ yang membantu menghasilkan bass lebih dalam dan bertenaga. Ciri perlindungan mata seperti Sleep Comfort Mode dan Gaming Eye Protection turut disertakan bagi memberikan pengalaman penggunaan yang lebih selesa.

Bagi fotografi, vivo V80 Lite 5G dilengkapi Kamera Swafoto Sudut Lebar HD 32MP dengan medan pandangan 90°, sesuai untuk merakam foto berkumpulan dengan lebih ramai individu dalam satu bingkai. Di bahagian belakang pula terdapat sensor utama Sony 50MP untuk merakam gambar harian dengan lebih terperinci.

Antara ciri tambahan yang disediakan termasuk Check-In Watermark, yang secara automatik menambah maklumat masa dan lokasi pada foto, serta AI Erase untuk membuang individu atau pantulan yang tidak diingini daripada gambar dengan lebih mudah.

vivo V80 Lite kini rasmi di Malaysia dengan bateri BlueVolt 10,000mAh - dari RM 1,399 5

Dari segi harga, vivo V80 Lite 5G hadir dalam tiga pilihan konfigurasi di Malaysia, iaitu 6GB+128GB pada harga RM1,499, 6GB+256GB berharga RM1,799 dan 8GB+256GB pada harga RM1,999.

Untuk tempoh promosi tempahan awal, ketiga-tiga varian tersebut ditawarkan pada harga lebih rendah iaitu RM1,399 untuk varian 6GB+128GB, RM1,699 bagi 6GB+256GB dan RM1,899 untuk 8GB+256GB.

Tempahan awal dibuka mulai hari ini hingga 11 September 2026 di semua vivo Concept Store dan secara dalam talian. Pelanggan turut boleh menikmati hadiah eksklusif tempahan awal bernilai sehingga RM1,145, termasuk Smart Projector, Backpack, V Selection Earbuds dan Card Holder, selain manfaat vivo Care seperti waranti bateri selama empat tahun, waranti lanjutan selama 365 hari serta perlindungan penutup belakang selama satu tahun.

Sebagai tambahan, vivo turut mengumumkan bahawa teknologi Extended RAM akan diperkenalkan kepada vivo V80 Lite 5G mulai 24 September 2026 menerusi pengoptimuman perisian bagi memberikan pengalaman multitugas yang lebih lancar serta meningkatkan prestasi keseluruhan peranti.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.