Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pandang Pertama : Samsung Galaxy S26 FE – Teknologi Flagship dan Galaxy AI yang lebih berpatutan

Pandang Pertama : Samsung Galaxy S26 FE - Teknologi Flagship dan Galaxy AI yang lebih berpatutan 1

Pandang Pertama : Samsung Galaxy S26 FE - Teknologi Flagship dan Galaxy AI yang lebih berpatutan 2

Samsung Galaxy S26 FE baru sahaja dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada harga yang bermula dari RM 2,899 dan kami adalah yang bertuah untuk mencuba sendiri model baharu Samsung sebelum pelancaran rasmi hari ini.

Samsung dilihat mempunyai azam yang tinggi untuk menjadikan model Galaxy S26 FE pada tahun 2026 sebagai model yang setaraf dengan model lain dalam keluarga Galaxy S26.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy S26 FE - Teknologi Flagship dan Galaxy AI yang lebih berpatutan 3

Ciri Super Steady Video dan MyFan Cam kini pada Galaxy S26 FE

Samsung Galaxy S26 FE yang baru dilancarkan ini hadir dengan dua ciri fotografi yang paling popular pada telefon pintar Galaxy iaitu Super Steady Video with Horizontal Lock yang membolehkan anda melakukan rakaman video yang stabil walaupun telefon pintar diputar sehingga 360⁰.

Dalam pada itu, ciri My Fan Cam yang diperkenalkan pada Galaxy Z Fold8 baru-baru ini telah mendapat pujian yang meluas juga kini telah tiba kepada Galaxy S26 Series melalui Galaxy S26 FE. My Fan Cam berupaya mengubah video berkumpulan menjadi video yang fokus kepada seorang subjek dengan Galaxy AI.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy S26 FE - Teknologi Flagship dan Galaxy AI yang lebih berpatutan 4

Fungsi Galaxy AI yang lebih menyeluruh

Samsung Galaxy S26 FE juga menampilkan ciri Galaxy AI yang lebih menyeluruh seperti Now Nudge, Now Brief, Call Assist, Writing Assist, Interpreter, Note Assist dan Transcript Assist.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy S26 FE - Teknologi Flagship dan Galaxy AI yang lebih berpatutan 5

Cip Exynos 2500 & 7 tahun kemaskini Android

Samsung Galaxy S26 FE tampil dengan Exynos 2500, cip pemprosesan 3nm yang menawarkan gabungan prestasi pantas dan kecekapan kuasa, di samping keupayaan AI yang lebih mantap serta grafik Xclipse 950 berasaskan AMD RDNA untuk pengalaman gaming yang lebih lancar.

Selain itu, Galaxy S26 FE turut hadir dengan 8GB RAM bagi memastikan kelancaran ketika menjalankan pelbagai aplikasi, manakala pengguna boleh memilih daripada tiga pilihan storan dalaman mengikut keperluan  sesuai untuk mereka yang memerlukan lebih banyak storan untuk menyimpan foto, video, aplikasi dan permainan.

Seperti Galaxy S26 Series yang lain, Samsung Galaxy S26 FE juga hadir dengan penawaran kemaskini perisian Android sehingga tujuh tahun.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy S26 FE - Teknologi Flagship dan Galaxy AI yang lebih berpatutan 6

Bateri 4900mAh + 45W Super Fast Charging

Samsung Galaxy S26 FE hadir dengan bateri berkapasiti 4,900mAh bersama sokongan pengecasan 45W Super Fast Charging yang membolehkan Galaxy S26 FE mencapai 65% pengecasan didalam masa 30 minit sahaja.

Menariknya, Samsung Galaxy S26 FE juga hadir dengan sokongan pengecasan tanpa wayar 15W.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy S26 FE - Teknologi Flagship dan Galaxy AI yang lebih berpatutan 7

Akses Pemilikan yang lebih luas

Samsung Galaxy S26 FE dilancarkan sebagai model yang lebih mudah dimiliki oleh pengguna, ini bermaksud telefon pintar ini hadir dengan harga jualan yang lebih mampu milik iaitu serendah dari RM 2,499 sahaja.

Selain itu, pakej promosi pelancaran juga lebih memudahkan pengguna memiliki telefon pintar Galaxy S26 FE ini melalui kaedah pembayaran Spay Later tanpa faedah 0%, potongan sehingga RM 600 apabila pembayaran dibuat melalui kad bank yang terpilih dan banyak lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.