Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S26 FE kini rasmi dengan cip Exynos 2500 – harga promosi serendah RM 2,499

Samsung Galaxy S26 FE kini rasmi dengan cip Exynos 2500 - harga promosi serendah RM 2,499 1

Samsung Galaxy S26 FE kini rasmi dengan cip Exynos 2500 - harga promosi serendah RM 2,499 2

Samsung secara rasminya telah memperkenalkan Samsumg Galaxy S26 FE yang dilancarkan dengan identiti baharu dimana Samsung komited untuk menjadikanya teknologi flagship boleh di akses oleh semua ‘For Everyone (FE)’.

Samsung Galaxy S26 FE menampilkan rekaan yang  premium dengan kerangka armor aluminium yang sama seperti pada Galaxy S26 Series selain turut memiliki penarafan IP68. Ianya juga dilapisi gelas keselamatan Gorilla Glass Victus+.

Samsung Galaxy S26 FE kini rasmi dengan cip Exynos 2500 - harga promosi serendah RM 2,499 3

Beralih kepada skrin, Galaxy S26 FE hadir dengan skrin paparan Dynamic AMOLED 2x berukuran 6.7-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula maksima 120Hz (60~120Hz). Panel ini juga memiliki kecerahan maksima sehingga 1,900 nits dengan Vision Booster dan sisi bezel yang lebih nipis.

Seterusnya, Samsung Galaxy S26 FE dikuasakan cip Exynos 2500 yang merupakan cipset 3nm yang turut digunakan pada Galaxy Z Flip7 . Ianya turut memiliki 8GB RAM dan storan dalaman 128GB,256GB atau 512GB.

Samsung Galaxy S26 FE kini rasmi dengan cip Exynos 2500 - harga promosi serendah RM 2,499 4

Ke bahagian kamera, S27 FE hadir dengan sensor utama 50MP bersama satu sensor ultrawide 12MP dan sensor telefoto 3x 8MP. Kamera selfie adalah 12MP.

Selain itu, Galaxy S26 FE juga disertakan dengan bateri 4,900mAh bersama pengecasan pantas 45W (0-60% dalam masa 30 minit sahaja) dan pengecasan tanpa wayar 15W. Ia juga membawakan 7 tahun kemaskini Android, Samsung Knox dan vapor chamber yang 13% lebih besar berbanding generasi sebelum ini.

Samsung Galaxy S26 FE kini rasmi dengan cip Exynos 2500 - harga promosi serendah RM 2,499 5

Samsung Galaxy S26 FE akan ditawarkan didalam 3 pilihan warna iaitu Pistachio, Blueberry dan Graphite pada harga yang bermula dari RM 2,899 bagi versi 8/128GB, RM 3,299 bagi versi 8/256GB dan RM 4,099 bagi versi 8/512GB.

Menariknya, Samsung juga telah mengumumkan promosi pembelian yang membolehkan anda menikmati diskaun sehingga RM 600 apabila bayaran dibuat melalui bank yang terpilih, rebat Samsung Fan Direct bernilai RM 100, percuma 6 bulan langganan Google AI Pro bernilai RM 480 dan banyak lagi.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.