Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold8 – Evolusi Foldable Terbaik Samsung

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold8 - Evolusi Foldable Terbaik Samsung 1

Samsung Galaxy Z Fold8

Pengenalan

Selepas 7 Generasi melalui pelbagai fasa evolusi produk, tahun 2026 menjadi satu titik peralihan baharu dalam kategori telefon pintar foldable untuk Samsung dengan pelancaran Samsung Galaxy Z Fold8 yang diletakkan dibawah Galaxy Z Fold8 Ultra yang kini dinaiktaraf sebagai model yang lebih premium.

Menariknya, Galaxy Z Fold8 yang dilancarkan ini bukan pengganti kepada Galaxy Z Fold7 tetapi sebuah telefon pintar lipat yang tampil dengan ‘form factor’ baharu yang lebih mudah digunakan dan sesuai untuk pelbagai lapisan pengguna.

Sedikit tidak membantu adalah realiti kenaikan kos memori dan RAM yang didorong oleh permintaan yang semakin meningkat daripada infrastruktur AI serta pengembangan pusat data yang menyebabkan hampir semua pengguna terkesan.

Walaupun syarikat telah berusaha untuk menyerap tekanan kos tersebut, kami percaya ini telah menyebabkan Samsung meletakkan tanda harga yang lebih tinggi bagi Galaxy Z Fold8 berbanding jika ianya dilancarkan tanpa krisis ini.

Namun begitu, harga hanyalah satu daripada banyak aspek yang perlu dinilai. Persoalan yang lebih penting ialah sama ada Galaxy Z Fold8 benar-benar menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik berbanding model foldable lain, dan adakah perubahan yang dibawanya cukup untuk menjadikannya telefon pintar lipat ini lebih praktikal untuk kegunaan harian.

Sepanjang ulasan ini, kita akan melihat dengan lebih dekat setiap aspek Galaxy Z Fold8, bermula dengan reka bentuk.

Samsung Galaxy Z Fold8 kini ditawarkan di Malaysia pada harga yang bermula dari RM 7,299 dan ini adalah ulasan lengkap kami.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold8 - Evolusi Foldable Terbaik Samsung 2

Reka Bentuk

Sejarah Galaxy Z Series membuktikan bahawa kesemua telefon pintar lipat yang dilancarkan Samsung sebelum ini hadir dengan rekaan yang lebih memanjang sama seperti Galaxy Z Fold8 Ultra dan Galaxy Z Flip8.

Ini meletakkan Galaxy Z Fold8 sebagai sebuah telefon pintar foldable yang paling sempurna dengan adaptasi rekaan yang lebih ‘wide’ menjadikanya sangat ideal untuk rata-rata pengguna.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold8 - Evolusi Foldable Terbaik Samsung 3

Apabila dilipat, Samsung Galaxy Z Fold8 menampilkan paparan berukuran 5.5-inci seperti kebanyakkan telefon pintar lain dipasaran namun nisbah 10:16 telah mengubah telefon pintar ini sebagai model paling sempurna untuk pengguna menikmati segala kandungan yang sudah menjadi rutin harian mereka seperti aplikasi permesejan, pelayaran media sosial, melayari internet dan menonton video pendek seperti reels dan Shorts.

Apabila dibuka, skrin utama dengan nisbah 4:3 pula menyediakan ruang paparan yang lebih luas, membolehkan pengguna menikmati permainan dan filem dengan lebih imersif.

Samsung Galaxy Z Fold8 lebih mudah disimpan didalam poket

Apabila diputar, nisbah skrin yang sama menjadi lebih sesuai untuk aktiviti membaca, memberikan pengalaman yang lebih selesa ketika meneliti artikel, e-buku dan kandungan berbentuk panjang tanpa perlu membawa peranti tambahan. Ini sekaligus memberikan pengguna tiga saiz skrin semuanya didalam satu peranti yang kompak dan ringan.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold8 - Evolusi Foldable Terbaik Samsung 4

Bercakap mengenai kejuruteraan disebalik Galaxy Z Fold8, sepanjang tujuh generasi, Samsung telah membantu membentuk kategori telefon pintar boleh lipat menerusi kemajuan dalam teknologi paparan, kejuruteraan engsel dan inovasi bahan, semuanya didorong oleh pemahaman mendalam tentang cara pengguna menggunakan peranti mereka.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold8 - Evolusi Foldable Terbaik Samsung 5

Hasilnya adalah Galaxy Z Fold8 tampil sebagai telefon pintar foldable paling ringan dipasaran dengan berat sekitar 201 gram manakala ketebalan adalah 4.5mm apabila lipatan dibuka atau 9.7mm apabila dilipat.

Selain itu, Samsung Galaxy Z Fold8 juga tampil dengan engsel Armor FlexHinge yang mempunyai ruang pada bezel dalam yang menjadikan proses bukaan peranti lebih mudah.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold8 - Evolusi Foldable Terbaik Samsung 6

Dalam pada itu, Samsung juga telah memperkenalkan teknologi baharu iaitu Flex Titanium yang merupakan struktur paparan berasaskan titanium yang direka untuk menjadikan telefon pintar boleh lipat lebih nipis tanpa mengorbankan ketahanannya. Dengan gabungan filem aloi titanium dan plat titanium yang dipertingkatkan, Flex Titanium membantu mengukuhkan sokongan paparan, menyerap tekanan serta hentakan, di samping mengurangkan kesan lipatan (crease) dari semasa ke semasa.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold8 - Evolusi Foldable Terbaik Samsung 7

Struktur ini turut memperhalusi mekanisme pembukaan peranti dengan mengimbangi sistem engsel, ketegangan paparan dan daya magnet, sekali gus memberikan pengalaman membuka telefon yang lebih lancar, ringan dan terasa lebih semula jadi.

Bagi memastikan ketahanan dalam penggunaan harian, siri Galaxy Z terbaharu juga telah menjalani lebih 100 ujian ketahanan yang direka untuk mensimulasikan keadaan dunia sebenar, termasuk ujian jatuhan, lipatan berulang, tekanan, pendedahan kepada kelembapan serta habuk dan serpihan. Ianya juga memiliki penarafan kalis air dan habuk IP48.

Menutup bahagian reka Bentuk adalah dengan pilihan warna yang ditawarkan oleh Samsung pada Galaxy Z Fold8 iaitu Lavender, Graphite, Cream dan Pistachio yang ditawarkan secara eksklusif di Samsung.com

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold8 - Evolusi Foldable Terbaik Samsung 8

Skrin Paparan

Samsung Galaxy Z Fold8 tampil dengan dua skrin paparan yang memiliki kadar golden ratio bagi skrin hadapan dan belakang.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold8 - Evolusi Foldable Terbaik Samsung 9

Skrin paparan hadapan atau cover skrin yang miliki Samsung Galaxy Z Fold8 ini adalah skrin paparan Dynamic AMOLED 2x berukuran 5.5-inci dengan resolusi WUXGA+ (1248 × 1972) dan kadar segar semula adaptive 120Hz serta kecerahan mencecah 3,000 nits.Paparan ini juga dilindungi dengan gelas keselamat Corning Gorilla Glass Ceramic 3.

Beralih kepada skrin utama pula, ianya adalah panel Dynamic AMOLED 2x berukuran 7.7-inci dengan nisbah 4:3 yang lebih luas memberikan ruang tontonan yang lebih besar, membolehkan pengguna lebih menghayati permainan dan filem dengan pengalaman yang lebih imersif.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold8 - Evolusi Foldable Terbaik Samsung 3

Apabila diputar, nisbah paparan yang sama menjadi lebih sesuai untuk aktiviti membaca, memberikan pengalaman yang lebih selesa ketika menikmati artikel, e-book dan kandungan berbentuk panjang tanpa perlu membawa peranti tambahan.

Gabungan kedua-dua nisbah paparan ini direka berdasarkan cara pengguna menikmati kandungan dalam kehidupan seharian, menjadikan Galaxy Z Fold8 lebih imersif sama ada untuk pelayaran media sosial yang pantas atau sesi penggunaan yang lebih lama.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold8 - Evolusi Foldable Terbaik Samsung 11

Seperti cover screen, panel utama Galaxy Z Fold8 ini juga hadir dengan kecerahan sehingga 3,000 nits, teknologi Vision Booster serta lapisan khas yang menawarkan ciri paparan rendah pantulan (low-reflection), skrin utama kekal terang, jelas dan mudah dilihat walaupun digunakan di bawah cahaya matahari atau dalam persekitaran luar.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold8 - Evolusi Foldable Terbaik Samsung 12

Pemproses

Samsung Galaxy Z Fold8 dikuasakan cip pemprosesan flagship terbaharu daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Elite Gen 5 for Galaxy. Apa yang positif adalah, Galaxy Z Fold8 disertakan dengan cipset yang sama seperti pada Z Fold8 Ultra dan ianya juga hadir dengan 12GB RAM dan storan dalaman yang bermula dari 256GB.

One UI 9 Galaxy Z Fold8

Tunjang kepada segala operasi Samsung Galaxy Z Fold8 adalah One UI 9 yang ditawarkan bersama Android 17 yang terkini dan pengguna setia Samsung sudah pastinya amat biasa dengan segala antaramuka One UI yang baharu ini.

Secara asanya tidak banyak yang berbeza pada One UI 9 apabila dibandingkan dengan One UI 8.5 kecuali beberapa perbezaan yang menjadikanya lebih kemas seperti tiada lagi huraian segala ciri Galaxy AI pada bahagian tetapan.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold8 - Evolusi Foldable Terbaik Samsung 13

Bercakap mengenai Galaxy AI, Samsung juga telah menambah beberapa ciri seperti pada Call Assist yang sebelum ini hanya hadir dengan ciri Call Screening dan Live Translate, namun kini ditambah dengan ciri Call Brief.

Jika anda mengaktifkan ciri Call Brief ini, Call Assist secara tidak langsung ‘mendengar’ perbualan telefon anda dan mengenal pasti maklumat yang mungkin berkaitan. Contohnya, jika anda sedang berbincang tentang sesuatu acara yang sudah wujud dalam kalendar anda, maklumat berkaitan akan dipaparkan secara automatik pada skrin panggilan yang secara langsung.

Beralih kepada ciri Now Brief, ianya kini membawakan ciri Custom Card yang dikuasakan AI dan setakat ini terdapat tiga Subject untuk Custom Card ini iaitu Weather, Health dan Videos. Untuk video, anda boleh menetapkan video yang dipaparkan pada Now Brief seperti video yang berkaitkan sukan kegemaran anda dari saluran YouTube kegemaran anda serta waktu update ini dipaparkan kepada anda.

Selain itu, ciri baharu yang ada pada Galaxy Z Fold8 adalah Driving Report dimana aplikasi ini akan merekodkan semua perjalanan kereta anda serta pelbagai data telematik secara automatik. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah melakukan sambungan Bluetooth ke kereta anda dan memberikan kebenaran (permissions) yang diperlukan kepada aplikasi tersebut.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold8 - Evolusi Foldable Terbaik Samsung 14
Multi-window pada Galaxy Z Fold8 pasti dihargai pengguna

Selain itu , ciri Now Nudge membantu mengurangkan keperluan untuk bertukar-tukar aplikasi dengan memaparkan maklumat yang relevan mengikut konteks. Contohnya, apabila rakan bertanya tentang rancangan pada waktu malam melalui aplikasi mesej, Galaxy AI akan menyemak kalendar dan memaparkan pintasan Add to Calendar yang kemudianya terus akan dibuka pada satu tetingkap multi window (jika skrin utama dibuka) untuk membantu pengguna mencatat perancangan tersebut pada aplikasi Calendar

Now Nudge boleh digunakan pada beberapa aplikasi mesej yang terpilih seperti Samsung Messages, Google Messages, Google Chat, KakaoTalk, LINE, Signal, Tango, NTT Docomo Messages, dan KDDI Messages dengan bahasa yang disokong adalah Inggeris, Portugis, Sepanyol, Perancis, Jerman, Itali, Cina, Jepun, Korea, Thai, Poland, Vietnam dan Hindi.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold8 - Evolusi Foldable Terbaik Samsung 15

Dalam pada itu, Agentic AI pada Samsung Galaxy Z Fold8 adalah lebih berkuasa dimana sebagai contoh, jika pengguna berkongsi foto Menara Eiffel dengan Gemini dan meminta AI untuk menempah hotel berdekatan, ejen AI tersebut boleh mencari penginapan yang memenuhi kriteria yang ditetapkan — walaupun pengguna terus menggunakan aplikasi lain.

Selepas itu, pengguna hanya perlu menyemak cadangan yang diberikan dan meluluskan tindakan yang memerlukan pengesahan, sekali gus menjimatkan masa dan usaha.

Selain daripada beberapa ciri baharu Galaxy AI seperti diatas, Galaxy Z Fold8 juga hadir dengan ciri Galaxy AI yang popular yang telah ditambahbaik seperti Circle to Search, Gemini, Live Translate, Chat Assist , Note Assist dalam Samsung Notes dan Transcript Assist.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold8 - Evolusi Foldable Terbaik Samsung 16
Aplikasi WhatsApp – made for foldable

Bercakap mengenai tawaran kemaskini, Galaxy Z Fold8 hadir dengan tujuh tahun sokongan perisian Android yang bermaksud anda akan menerima kemaskini generasi baharu Android sehingga ke Android 24.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold8 - Evolusi Foldable Terbaik Samsung 17

Kamera

Samsung Galaxy Z Fold8 adalah sebuah telefon pintar foldable dengan form factor yang baharu dimana ruang dalaman untuk komponen adalah sangat terhad yang mungkin telah mempengaruhi pemilihan sistem kamera bagi telefon pintar ini.

Sehubungan itu, Galaxy Z Fold8 tampil dengan dua sensor 50MP iaitu sensor utama ISOCELL GN5 dengan aperture f/1.8, OIS dan dual-pixel PDAF dan sensor ultrawide dengan aperture f/1.9 dan multi-directional PDAF.

Dalam pada itu, Galaxy Z Fold8 juga hadir dengan dua unit sensor selfie 10MP pada main screen dan cover screen yang mana kedua-duanya memiliki focal length yang berbeza iaitu 23mm pada skrin luar dan 17mm pada skrin dalam.

Bercakap mengenai kualiti gambar yang diperoleh dari pakej kamera ini, sensor utama secara keseluruhannya memberikan hasil gambar yang amat baik dengan kadar kecerahan dan dinamik yang optimum. Ia juga mampu mengambil gambar portrait yang sempurna dengan kadar fokus dan kabur latar belakang yang mencukupi.

Dalam pada itu, sensor ultrawide Galaxy Z Fold8 juga memberikan kualiti gambar yang pasti memuaskan hati terutamanya ketika diambil di luar namun kualiti ini juga berjaya dikekalkan pada keadaan didalam (outdoor) dengan kadar cahaya yang sedikit malap. Warna pada gambar juga kelihatan lebih semulajadi manakala pemfokusan auto juga berfungsi dengan cepat dan tepat.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold8 - Evolusi Foldable Terbaik Samsung 18

My FanCam ialah ciri baharu dibawah kategori Galaxy AI. Ia merupakan editor video pintar berasaskan AI yang mampu melakukan pembingkaian automatik (auto-framing) dan zoom secara pintar.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold8 - Evolusi Foldable Terbaik Samsung 19

Ciri ini boleh digunakan pada hampir semua video (setakat ini ia kelihatan memerlukan video dalam format pengekodan HEVC), bukan hanya video yang dirakam menggunakan telefon Galaxy, sekali gus menjadikannya lebih fleksibel.

Pengguna hanya perlu memilih individu yang ingin difokuskan kemudian AI akan menganalisis keseluruhan video dan melaraskan semula bingkai setiap babak supaya individu tersebut sentiasa berada di sebagai fokus utama.

Malah, ciri MyFanCam ini juga berupaya untuk mengenal pasti aksi tertentu, seperti bola yang dilontarkan dan masuk ke dalam gelanggang bola keranjang, lalu mengekalkan fokus pada pergerakan tersebut.

Selain ciri MyFanCam, rakaman video Super Steady kini hadir dengan dengan Horizontal Lock yang mana ianya menggabungkan sudut optik yang diperluas dengan sensor giroskop dan acceleration untuk mengenal pasti arah graviti serta memastikan rakaman anda sentiasa seimbang, walaupun anda atau telefon pintar anda berputar sehingga 360° (resolusi adalah pada 1440p).

Selain itu, proses penyuntingan juga menjadi lebih mudah dan mudah. Dengan Photo Assist yang dipertingkatkan, pengguna boleh memperhalusi imej dan menzahirkan kreativiti mereka hanya dengan menerangkan apa yang diinginkan menggunakan kata-kata semualajadi.

Pada masa yang sama, Creative Studio juga membolehkan anda menukar idea mereka kepada visual yang lebih kemas dengan mudah — daripada pelekat dan jemputan hinggalah kepada wallpaper yang diperibadikan.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold8 - Evolusi Foldable Terbaik Samsung 20

Bateri

Samsung Galaxy Z Fold8 hadir dengan bateri berkapasiti 4,800mAh yang boleh dikatakan tidak terlalu besar dan tidak juga terlalu kecil, ianya lebih besar berbanding bateri pada Galaxy Z Fold7 dan hanya 200mAh lebih kecil berbanding Galaxy Z Fold8 Ultra.

Selain itu, Samsung juga mengesahkan bahawa bateri Galaxy Z Fold8 memiliki kandungan karbon silikon (buat pertama kali) namun peratusan kandungan ini tidak didedahkan.

Menariknya, Galaxy Z Fold8 Ultra dan Galaxy Z Fold8 menggunakan seni bina pengecasan dual-path yang membantu mengagihkan kuasa dengan lebih cekap ke seluruh sistem bateri. Hasilnya, proses pengecasan menjadi lebih pantas, stabil dan boleh dipercayai, di samping meningkatkan pengurusan haba untuk memastikan suhu peranti kekal terkawal ketika dicas.

Sehubungan dengan itu, Galaxy Z Fold8 juga hadir dengan sokongan pengecasan pantas pada kadar 45W yang pertama Kali ditawarkan pada foldable Samsung dan ini membolehkan pengecasan dari 0-63% mampu dicapai dalam masa 30 minit sahaja.

Selain pengecasan pantas berwayar, Samsung Galaxy Z Fold8 juga membawakan pengecasan pantas tanpa wayar pada kadar 20W.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold8 - Evolusi Foldable Terbaik Samsung 21

Penutup

Samsung Galaxy Z Fold8 bukan sekadar evolusi kecil untuk sebuah telefon pintar boleh lipat. Ianya hadir dengan reka bentuk yang lebih nipis dan ringan, skrin yang lebih praktikal, prestasi Snapdragon 8 Elite Gen 5 for Galaxy serta pengalaman Galaxy AI sekaligus menjadikannya sebagai Galaxy Z Fold paling matang yang pernah Samsung hasilkan.

Ringkasnya, Galaxy Z Fold8 membuktikan bahawa telefon lipat tidak lagi sekadar tentang teknologi engsel dan lipatan ia melebihi bagaimana teknologi baharu ini boleh menjadikan pengalaman menggunakan telefon pintar foldable lebih fleksibel, produktif dan menyeronokkan.

Dengan setiap pembelian Galaxy Z Series baharu di Malaysia, Samsung menawarkan ganjaran pelancaran sehingga RM1,909.90, termasuk rebat eksklusif sehingga RM800, Samsung Rewards Points Booster sehingga RM400 dan rebat RM500 menggunakan kad bank terpilih. Pembeli turut boleh menikmati diskaun sehingga 30% untuk aksesori terpilih.

Dalam masa sama, Samsung turut menyediakan program trade-in dengan penjimatan sehingga RM3,145, tertakluk kepada terma dan syarat

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian Samsung Galaxy foldable yang terbaharu, layari laman rasmi berikut:

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.