HONOR Watch 6 kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 699 sahaja

HONOR Watch 6 kini rasmi di Malaysia pada harga bermula dari RM699 sebagai peranti AIoT terbaharu dalam ekosistem HONOR yang semakin berkembang, jam tangan pintar ini menawarkan mod sukan bertaraf profesional, pemantauan kesihatan berterusan serta ketahanan bateri yang sangat lama dalam rekaan bergaya dan elegan.
HONOR Watch 6 ini dikuasakan bateri berkapasiti besar 980mAh, HONOR Watch 6 mampu bertahan sehingga 35 hari dengan sekali pengecasan, atau sehingga 42 jam apabila mod GPS diaktifkan. Ketahanan luar biasa ini menjadikannya teman terbaik untuk aktiviti luar, latihan jarak jauh dan pengembaraan yang panjang, membolehkan pengguna kekal berhubung sambil data kecergasan serta kesihatan dipantau secara berterusan tanpa perlu kerap mengecas.
Dengan prestasi yang boleh diharapkan sepanjang hari serta penjejakan aktiviti sukan dan kesihatan tanpa gangguan, pengguna boleh memberi tumpuan sepenuhnya untuk mencapai sasaran kecergasan dengan yakin.
Dilengkapi lebih daripada 120 mod sukan terbina dalam, HONOR Watch 6 menawarkan penjejakan kecergasan yang menyeluruh bersama analisis prestasi pintar terus pada pergelangan tangan. Sesuai untuk semua pengguna, daripada penggemar kecergasan hinggalah atlet, ia turut menampilkan Mod Badminton Profesional dan Mod Bola Sepak Profesional bagi membantu pengguna berlatih dengan lebih berkesan.
Berbeza dengan sesetengah jam tangan pintar lain yang memerlukan aplikasi pihak ketiga serta langganan berbayar untuk mengakses analisis sukan lanjutan, HONOR Watch 6 menyediakan kedua-dua mod profesional ini secara percuma tanpa sebarang aplikasi tambahan atau yuran langganan.
Mod Badminton Profesional menawarkan analisis terperinci termasuk kelajuan hayunan, kuasa pukulan, jumlah hayunan dan bilangan pukulan berturut-turut paling banyak. Ia juga mengenal pasti jenis pukulan seperti smash dan clear, selain menjejak teknik pukulan untuk mengira nisbah pukulan forehand kepada backhand, serta nisbah pukulan atas kepada pukulan bawah.
Sementara itu, Mod Bola Sepak Profesional menyediakan analisis prestasi menyeluruh selepas perlawanan, lengkap dengan peta haba (heat map) dan peta pergerakan yang menunjukkan kedudukan pengguna sepanjang permainan. Data ini membantu pengguna menilai corak pergerakan, mengenal pasti ruang penambahbaikan dan merancang taktikal yang lebih berkesan untuk perlawanan akan datang.
HONOR Watch 6 tampil dengan Racing Dashboard Design yang diinspirasikan daripada saluran kemasukan udara berprestasi tinggi, menghasilkan penampilan moden dengan sentuhan teknologi yang menyerlah.
Varian Shadow Black diperbuat daripada aloi aluminium yang boleh dikitar semula dan hanya seberat 41 gram, manakala varian Twilight Brown menggunakan badan keluli tahan karat yang elegan dengan berat 50 gram. Kedua-duanya menawarkan keseimbangan antara reka bentuk ringan dan ketahanan yang tinggi untuk kegunaan harian.
Jam tangan ini juga memiliki penarafan IP69 yang memberikan perlindungan terhadap air dan habuk, menjadikannya tahan lasak untuk pelbagai situasi penggunaan.
Selain fungsi kecergasan, HONOR Watch 6 turut menyokong NFC Smart Access, membolehkan pengguna memasuki pejabat, rumah atau kemudahan yang serasi hanya dengan menyentuhkan pergelangan tangan. Dengan ciri ini, pengguna tidak lagi perlu membawa kad akses fizikal atau mengeluarkan telefon pintar setiap kali ingin memasuki premis.
Dikuasakan oleh Intelligent Sense System, HONOR Watch 6 menyediakan pemantauan kesihatan yang tepat melalui penjejakan automatik kadar denyutan jantung, paras oksigen dalam darah (SpO₂) dan corak tidur tanpa memerlukan pengaktifan secara manual.
Untuk meningkatkan produktiviti harian, jam tangan ini turut menyokong pemberitahuan daripada dua telefon serentak, kawalan melalui gerakan memusingkan pergelangan tangan serta AI Recorder yang boleh menghasilkan nota suara pintar dan ringkasan secara automatik sebelum diselaraskan ke aplikasi HONOR Notes pada telefon pintar.
Melengkapkan pengalaman penggunaan ialah paparan ultra terang dengan kecerahan puncak sehingga 3,000 nits, memastikan kandungan kekal jelas walaupun di bawah cahaya matahari yang terik. Sama ada ketika berjalan, berbasikal atau berlari, pengguna boleh melihat notifikasi dan maklumat penting dengan mudah dalam apa jua keadaan pencahayaan.
HONOR Watch 6 kini boleh didapati di Malaysia dalam dua pilihan iaitu :
- Shadow Black dengan tali Fluoroelastomer pada harga RM699
- Twilight Brown dengan tali kulit pada harga RM799
Jam tangan pintar ini boleh didapati di semua HONOR Experience Store di seluruh negara, HONOR Online Store serta kedai rasmi HONOR di Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

