Honor V9 diumumkan di China dengan penawaran dwi-kamera dan 6GB RAM, harga bermula dari RM1683
Honor V9 diumumkan di China dengan penawaran dwi-kamera dan 6GB RAM, harga bermula dari RM1683
Hari ini, Honor secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar berspesifikasi tinggi mereka, iaitu Honor V9 untuk pasaran China.
Honor V9 ini merupakan telefon pintar utama Honor tahun ini dengan penawaran 4GB atau 6GB RAM dengan skrin paparan QHD 5.7-inci.
Honor V9 ini menggunakan pemproses Huawei yang berspesifikasi tinggi iaitu Kirin 960, ia turut terbina dalam Huawei Mate 9. Bateri peranti ini bersaiz 4,000 mAh dan menyokong pengecasan pantas.
Untuk rakaman gambar, ia menggunakan dwi-kamera belakang 12 megapixel dengan f/2.2 aperture yang disokong oleh laser autofocus yang disertakan dengan 3D modelling. Kamera hadapan untuk peranti ini juga adalah 12MP.
Di samping itu, peranti ini juga hadir dengan sokongan pengimbas capjari, dwi SIM yang menyokong 4G LTE, USB Type-C dan menggunakan EMUI 5.0 berasaskan Android 7.0 Nougat.
Honor V9 ini ditawarkan dengan pilihan warna merah, biru, hitam dan emas. Versi 4GB RAM+64GB ROM akan dijual pada harga CNY 2599 (lebih kurang RM1683), manakala versi 6GB RAM+ 64GB ROM berharga CNY2,999 (lebih kurang RM1942), dan spesifikasi paling tinggi iaitu versi 6GB RAM+ 128GB ROM akan dijual pada harga CNY3,499 (lebih kurang RM2266).