Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Hisense Laser Family kini rasmi di Malaysia – nikmati pengalaman tontonan bertaraf pawagam di rumah

Hisense Laser Family kini rasmi di Malaysia - nikmati pengalaman tontonan bertaraf pawagam di rumah 1

Hisense Laser Family kini rasmi di Malaysia - nikmati pengalaman tontonan bertaraf pawagam di rumah 2

Hisense secara rasminya telah mengumumkan pelancaran barisan paparan laser generasi baharu di bawah keluarga Hisense Laser Family, iaitu Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10 dan RGB Laser Cinema PX4PRO yang turut mencatat sejarah sebagai paparan laser 120 inci pertama dalam industri yang dipadankan dengan skrin VIQMAX ALR di pawagam Malaysia, sekali gus membuka lembaran baharu dalam pengalaman hiburan imersif untuk pengguna tempatan.

Selain itu, Hisense turut memperkenalkan tiga inovasi paparan laser terbaharunya di Malaysia iaitu Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser Cinema PX4PRO dan RGB Smart Laser TV L9Q. Ketiga-tiga model ini direka untuk memberikan pengalaman tontonan bertaraf pawagam di rumah, memenuhi keperluan pengguna yang mahukan pengalaman hiburan lebih imersif dan fleksibel dalam kehidupan seharian.

Hisense Laser Family kini rasmi di Malaysia - nikmati pengalaman tontonan bertaraf pawagam di rumah 3

Hisense XR10 direka untuk pengguna yang mahukan pengalaman pawagam rumah tanpa kompromi. Dikuasakan oleh teknologi unjuran laser RGB tiga warna, projektor ini mampu memaparkan imej sehingga 300 inci dengan tahap kejelasan yang tinggi. Ia menawarkan kecerahan sehingga 6,000 ANSI Lumens, teknologi pengurangan speckle serta lensa Dynamic IRIS yang memberikan nisbah kontras asli 6,000:1 bagi menghasilkan visual yang jelas walaupun dalam persekitaran terang.

Projektor ini turut dilengkapi kamera pintar bersama teknologi anjakan lensa termaju untuk penjajaran imej secara automatik dan tepat. Sistem penyejukan cecair yang digunakan pula memastikan prestasi bebas penyelenggaraan dengan jangka hayat sehingga tiga kali lebih lama. Hisense XR10 ditawarkan pada harga RM23,999 dan sesuai untuk ruang bersaiz besar serta pawagam rumah premium.

Hisense Laser Family kini rasmi di Malaysia - nikmati pengalaman tontonan bertaraf pawagam di rumah 4

Sementara itu, Hisense PX4PRO Laser Cinema membawa pengalaman pawagam terus ke ruang tamu. Ia menggunakan LPU Digital Laser Engine 3.0 bersama modul laser RGB tiga warna yang menawarkan kecerahan 25% lebih tinggi dengan output 3,500 ANSI Lumens, membolehkan tontonan yang jelas tanpa memerlukan langsir gelap walaupun lampu dihidupkan.

Model ini menggunakan cip DMD 0.47 inci DLP 8445 untuk menghasilkan imej lebih tajam, manakala lensa Precision IRIS meningkatkan ketepatan warna serta mengurangkan silau. Dengan pensijilan IMAX Enhanced, sokongan Dolby Vision dan sistem audio Devialet, PX4PRO memberikan pengalaman sinematik yang mengagumkan untuk menonton filem, acara sukan atau bermain permainan video. Ia turut ditawarkan pada harga RM23,999.

Hisense Laser Family kini rasmi di Malaysia - nikmati pengalaman tontonan bertaraf pawagam di rumah 5

Melengkapkan barisan ini ialah Hisense L9Q yang menyokong paparan bersaiz antara 80 hingga 200 inci bersama skrin ALR berkecerahan tinggi. Dikuasakan oleh teknologi LPU 2.0, L9Q menawarkan kecerahan sehingga 5,000 ANSI Lumens dan nisbah kontras 5,000:1 bagi memastikan visual kekal terang dalam pelbagai keadaan pencahayaan.

Teknologi laser Trichrom menghasilkan warna yang lebih kaya dan tepat, manakala sokongan IMAX Enhanced serta Dolby Vision Atmos memberikan pengalaman audio visual bertaraf pawagam. Dengan ciri AutoScreen Fit dan reka bentuk ultra-short throw, L9Q mudah disesuaikan dengan pelbagai saiz ruang kediaman. Ia sesuai untuk malam tayangan filem bersama keluarga, tontonan sukan atau menonton siri kegemaran, dan dijual pada harga RM29,999.

Keseluruhan barisan Hisense Laser Family kini boleh didapati di semua pengedar sah Hisense Malaysia serta menerusi platform dalam talian.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.