OPPO Bubble kini rasmi di Malaysia – peranti magnetik dengan skrin AMOLED

Selain OPPO Reno16 Series 5G, OPPO Malaysia juga telah melancarkan OPPO Enco Air5 , OPPO Enco Air5S dan OPPO Bubble.
OPPO Bubble: Teman Baharu untuk Ekspresi Kreatif
OPPO Bubble adalah peranti aksesori magnetik baharu yang direka untuk membawa pengalaman kreativiti ke tahap lebih tinggi, melangkaui penggunaan telefon pintar.
Dengan berat hanya 35 gram, OPPO Bubble boleh dipasang secara magnetik pada sarung telefon atau cincin magnet yang serasi. Ia dilengkapi skrin AMOLED berwarna yang berfungsi sebagai monitor masa nyata untuk kamera belakang. Ini membolehkan pengguna melihat pratonton ketika menggunakan kamera utama, sekali gus memudahkan pengambilan swafoto, gambar berkumpulan dan komposisi kreatif dengan lebih tepat.
Selain itu, OPPO Bubble juga boleh berfungsi sebagai viewfinder dan alat kawalan pengatup (shutter) dari jarak sehingga 10 meter, memberikan kebebasan kepada pengguna untuk merakam gambar dari pelbagai sudut dan menghasilkan foto yang lebih kreatif.
Bukan sekadar aksesori fotografi, OPPO Bubble turut boleh dijadikan aksesori harian yang bergaya apabila dipadankan dengan pemegang atau lanyard yang serasi. Menerusi aplikasi khas, pengguna boleh memperibadikan paparan dengan gambar, animasi berulang, teks dan pilihan warna mengikut personaliti serta gaya masing-masing.
OPPO Buble kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 349



