Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nothing Ear (3a) dilancarkan secara rasmi

Nothing Ear (3a) dilancarkan secara rasmi 1

Nothing Ear (3a) dilancarkan secara rasmi 2

Selain Nothing Phone (4b), Nothing turut memperkenalkan Nothing Ear (3a), generasi baharu fon telinga dalam siri (a) yang tampil dengan rekaan lebih berani serta pelbagai ciri pintar untuk pengalaman audio yang lebih lengkap.

Nothing Ear (3a) dilancarkan secara rasmi 3

Nothing Ear (3a) hadir dengan pilihan warna Black, White, Yellow dan warna baharu Pink, sambil mengekalkan rekaan telus ikonik Nothing. Bekas pengecas turut direka semula dengan bentuk lebih kompak dan ergonomik, selain dilengkapi lampu status LED untuk memaparkan tahap bateri dan status sambungan.

Fon telinga ini menggunakan pemacu dinamik 12mm yang menyokong Hi-Res Audio Wireless dan codec LDAC bagi menghasilkan kualiti audio yang lebih jelas dengan bass yang lebih mendalam. Pengguna juga boleh menyesuaikan bunyi melalui Advanced EQ dalam aplikasi Nothing X, manakala Static Spatial Audio menawarkan pengalaman audio yang lebih imersif.

Bagi pengurangan bunyi, Ear (3a) menyokong Active Noise Cancellation (ANC) sehingga 45dB, bersama Transparency Mode untuk membolehkan bunyi persekitaran didengari apabila diperlukan. Ia juga dilengkapi enam mikrofon dengan sistem pengurangan hingar berasaskan AI bagi memastikan kualiti panggilan suara lebih jelas.

Antara ciri unik yang diperkenalkan ialah Audio Snapshot, yang membolehkan pengguna merakam petikan audio secara terus melalui fon telinga menggunakan storan terbina dalam 32MB. Selain itu, Call Recording membolehkan panggilan telefon atau mesyuarat dirakam terus daripada fon telinga, dengan rakaman disimpan dan ditranskripsi melalui aplikasi Nothing X.

Nothing Ear (3a) dilancarkan secara rasmi 4

Dari segi ketahanan bateri, Nothing Ear (3a) menawarkan sehingga 10 jam penggunaan bagi fon telinga sahaja atau sehingga 42 jam bersama bekas pengecas apabila ANC dimatikan. Dengan ANC diaktifkan, ia mampu bertahan sehingga 6 jam, atau 25 jam bersama bekas pengecas. Pengecasan pantas selama 5 minit pula memberikan kira-kira 1 jam masa penggunaan.

Nothing turut menyatakan bahawa harga dan tarikh pelancaran Nothing Ear (3a) di Malaysia akan diumumkan pada satu tarikh kemudian.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.