Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A27 5G kini rasmi di Malaysia – RM 1,399

Samsung Galaxy A27 5G kini rasmi di Malaysia - RM 1,399 1

Samsung Galaxy A27 5G kini rasmi di Malaysia - RM 1,399 2

Samsung secara rasminya telah memperkenalkan ahli keluarga baharu didalam Galaxy A Series iaitu Samsung Galaxy A27 5G yang tampil dengan beberapa penambahbaikan yang menarik.

Terus ke spesifikasi, Samsung Galaxy A27 5G hadir dengan skrin paparan Super AMOLED (Infinity-O) berukuran 6.7-inci dengan resolusi FHD+, kadar segar semula sehingga 120Hz dan kecerahan maksima 1,200nits (HBM). Ianya tampil dengan bezel lebih nipis selain ketebalan hanya 7.88mm.

Selain itu, Galaxy A27 5G ini juga memiliki gelas keselamatan Victus+ pada bahagian hadapan dan belakang bersama kerangka polikarbonat.

Dalam pada itu, Galaxy A27 5G ini hadir dengan pemproses Snapdragon 6 Gen 3 bersama 8GB RAM dan dua pilihan storan dalaman iaitu 128GB atau 256GB. Ianya juga memiliki slot microSD. Ia hadir dengan One UI 8.5 yang akan menerima 6 tahun kemaskini Android bersama 6 tahun kemaskini keselamatan berkala.

Seterusnya, Galaxy A27 5G ini hadir dengan sensor utama 50MP f/1.8, sensor ultrawide 8MP f/2.2 dan sensor makro 2MP  manakala kamera selfie adalah 13MP.

Dalam pada itu, Galaxy A27 5G juga memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 25W dan penarafan kalis air dan habuk IP64.

Akhir sekali, Samsung Galaxy A27 5G  hadir didalam warna Black, Dark Blue dan Light pada harga RM 1,399 bagi versi 8/128GB dan RM 1,499 bagi versi 8/256GB.

Walaubagaimanapun, sempena promosi pelancaran sehingga 21 Julai, pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga RM100 melalui tawaran Double Storage Upgrade, selain menerima casing telefon percuma.

Pembeli juga boleh mendapatkan penjimatan eksklusif menerusi tawaran ‘Buy More, Save More’ dengan diskaun 10% untuk peranti ekosistem Galaxy terpilih, termasuk Galaxy Buds4, Galaxy Buds3 FE, Galaxy Fit3 dan siri Galaxy Tab A11 apabila dibeli bersama Galaxy A27 5G.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.