Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S26 Series: Telefon AI yang Membantu Anda Lakukan Lebih Banyak dengan Lebih Tenang

Samsung Galaxy S26 Series: Telefon AI yang Membantu Anda Lakukan Lebih Banyak dengan Lebih Tenang 1

Samsung Galaxy S26 Series: Telefon AI yang Membantu Anda Lakukan Lebih Banyak dengan Lebih Tenang 2

Pada tahun 2026, siri Samsung Galaxy S26 hadir untuk membantu pengguna melakukan lebih banyak perkara dengan lebih mudah menerusi pelbagai alat produktiviti berkuasa AI yang direka untuk menyokong rutin harian.

Barisan telefon AI terbaharu ini kini membawakan ciri Galaxy AI yang lebih maju seperti Now Nudge, Now Brief, Call Screening dan Document Scan. Kesemua ciri ini direka untuk berfungsi secara lancar dan intuitif, memastikan pengguna sentiasa produktif tanpa mengira betapa sibuknya jadual harian mereka.

Samsung Galaxy S26 Series: Telefon AI yang Membantu Anda Lakukan Lebih Banyak dengan Lebih Tenang 3

Sentiasa Bersedia dengan Maklumat yang Tepat Pada Waktunya

Siri Galaxy S26 mampu memberikan peringatan penting sebelum pengguna menyedari mereka memerlukannya. Perasaan resah menjelang minggu baharu adalah sesuatu yang biasa, terutamanya apabila pelbagai mesyuarat dan tugasan penting menanti.

Melalui ciri Now Brief yang kini lebih proaktif dan diperibadikan, pengguna akan menerima peringatan serta maklumat penting pada masa yang tepat. Ia membantu memastikan tiada perkara penting yang terlepas pandang sepanjang hari.

Samsung Galaxy S26 Series: Telefon AI yang Membantu Anda Lakukan Lebih Banyak dengan Lebih Tenang 4

Pengurusan Jadual Lebih Mudah Bersama Teman AI Anda

Siri Galaxy S26 membantu pengguna kekal teratur dengan cara yang lebih mudah dan pintar. Ketika menuju ke tempat kerja, ramai yang perlu mengurus e-mel, mengikuti perkembangan berita semasa serta membalas mesej daripada keluarga dan rakan-rakan.

Di sinilah Now Nudge memainkan peranannya. Ciri ini mengurangkan keperluan untuk pengguna melakukan pelbagai tindakan secara manual dengan menawarkan cadangan yang tepat mengikut konteks semasa.

Sebagai contoh, jika anda menerima mesej berkaitan rancangan pada waktu petang, Now Nudge boleh memahami konteks perbualan tersebut, menyemak kalendar anda untuk mengenal pasti sebarang pertindihan jadual, dan seterusnya memaparkan cadangan yang relevan tanpa perlu membuka aplikasi lain. Ciri ini boleh diaktifkan atau dinyahaktifkan melalui tetapan peranti mengikut keperluan pengguna.

Produktiviti pintar ini turut diteruskan dalam pelbagai tugasan lain. Jika rakan meminta gambar daripada percutian yang baru berlalu, Galaxy S26 boleh mencadangkan foto berkaitan daripada Galeri secara automatik tanpa perlu anda mencari satu persatu atau bertukar antara aplikasi.

Samsung Galaxy S26 Series: Telefon AI yang Membantu Anda Lakukan Lebih Banyak dengan Lebih Tenang 5

Kekal Fokus dengan Penapisan Panggilan Pintar

Siri Galaxy S26 turut membantu pengguna mengurangkan gangguan melalui ciri keselamatan yang lebih pintar. Dalam persekitaran kerja yang sibuk, panggilan yang tidak dijangka boleh mengganggu fokus, terutamanya ketika menghadiri mesyuarat penting.

Melalui ciri Call Screening yang dikuasakan AI, pengguna boleh mengenal pasti pemanggil yang tidak dikenali dengan lebih mudah tanpa perlu terus mengabaikan panggilan tersebut. Sistem ini akan membantu menapis panggilan serta memberikan ringkasan tujuan panggilan, membolehkan pengguna membuat keputusan sama ada panggilan itu penting untuk dijawab atau sebaliknya.

Samsung Galaxy S26 Series: Telefon AI yang Membantu Anda Lakukan Lebih Banyak dengan Lebih Tenang 6

Hari Kerja Tanpa Gangguan dengan Imbasan Dokumen Pintar

Siri Galaxy S26 memudahkan pelbagai urusan harian agar tugasan dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan efisien. Resit, borang serta nota tulisan tangan sering kali terkumpul sepanjang hari, terutama ketika jadual kerja padat.

Dengan ciri Document Scan berkuasa AI, pengguna boleh menghasilkan salinan digital yang lebih kemas dan jelas untuk resit, borang serta nota penting. Teknologi ini mampu menghilangkan herotan imej serta gangguan seperti lipatan kertas atau jari yang memasuki bingkai gambar ketika proses pengimbasan.

Lebih menarik, beberapa imej boleh digabungkan secara automatik ke dalam satu fail PDF, menjadikannya lebih mudah untuk tujuan penyimpanan, perkongsian atau penghantaran dokumen.

Samsung Galaxy S26 Series: Telefon AI yang Membantu Anda Lakukan Lebih Banyak dengan Lebih Tenang 7
Galaxy S26 Ultra vs Galaxy S26+ vs Galaxy S26

Evolusi Galaxy AI pada Tahun 2026

Siri Galaxy S26 melambangkan evolusi Galaxy AI pada tahun 2026. Ia bukan sekadar telefon pintar yang menawarkan prestasi lebih pantas dan spesifikasi yang dipertingkatkan, tetapi turut mengubah peranan sebuah telefon AI moden.

Galaxy S26 direka untuk menjadi teman pintar yang memahami keperluan pengguna, sentiasa bersedia membantu menyelesaikan tugasan harian dengan lebih cekap serta memberikan ketenangan dalam kehidupan yang semakin sibuk.

Samsung Galaxy S26 Series: Telefon AI yang Membantu Anda Lakukan Lebih Banyak dengan Lebih Tenang 8
Samsung Galaxy S26 Series

Dapatkan Siri Samsung Galaxy S26 Hari Ini

Sehingga 21 Jun 2026, pelanggan boleh mendapatkan siri Galaxy S26 dengan pelbagai promosi menarik. Pembeli layak menikmati rebat sehingga RM800 apabila membuat pembelian menggunakan kad kredit atau debit CIMB, Maybank atau RHB yang terpilih.

Selain itu, pelanggan juga boleh menebus sehingga RM400 melalui Samsung Rewards Points Booster untuk menjadikan pembelian mereka lebih berbaloi.

Samsung Galaxy S26 Series: Telefon AI yang Membantu Anda Lakukan Lebih Banyak dengan Lebih Tenang 9
Screenshot
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.