Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Magic V6 kini dibuka untuk pra-tempahan – ganjaran bernilai RM 3,979 menanti pembeli terawal

HONOR Magic V6 kini dibuka untuk pra-tempahan - ganjaran bernilai RM 3,979 menanti pembeli terawal 1

HONOR Magic V6 kini dibuka untuk pra-tempahan - ganjaran bernilai RM 3,979 menanti pembeli terawal 2

Selepas mendominasi tajuk utama dengan ujian ketahanan viral termasuk menarik sebuah pesawat dan kereta sport,  HONOR Magic V6 kini dibuka untuk tempahan awal menjelang pelancaran rasminya di Malaysia pada 4 Jun 2026. Rakyat Malaysia boleh mendapatkan foldable flagship generasi baharu ini bermula esok, 26 Mei hingga 3 Jun 2026, dengan deposit serendah RM300.

Bagi menghargai pelanggan terawal, HONOR menawarkan hadiah misteri premium bernilai sehingga RM3,797, bersama hadiah eksklusif HONOR Magic Pen bernilai RM499! Bersedia untuk merasai pengalaman foldable terbaik? Tempah  HONOR Magic V6 anda bermula 26 Mei di sini.

HONOR Magic V6 kini dibuka untuk pra-tempahan - ganjaran bernilai RM 3,979 menanti pembeli terawal 3

HONOR Magic V6 menetapkan penanda aras baharu dalam dunia foldable dengan Super Steel Hinge yang mempunyai kekuatan tegangan luar biasa sehingga 2,800 MPa. Rekaan ultra tahan lasak ini telah diuji secara ekstrem apabila berjaya menarik pesawat seberat 1.25 tan dan sebuah kereta sport Ferrari tanpa menyebabkan sebarang kerosakan pada peranti.

HONOR Magic V6 kini dibuka untuk pra-tempahan - ganjaran bernilai RM 3,979 menanti pembeli terawal 4

Selain ketahanan struktur, kedua-dua skrin luar dan dalam foldable ini hadir dengan HONOR Magic Diamond Screen yang dipertingkat untuk menahan penggunaan harian. Skrin luar dilindungi oleh HONOR Anti-scratch NanoCrystal Shield yang menggunakan salutan silikon nitrida setebal 5,600 lapisan. Manakala skrin dalaman pula dilengkapi lapisan fleksibel Ultra-Tough Glass (UTG) baharu yang dipertingkatkan.

Tambahan pula, ia merupakan foldable pertama yang menerima penarafan kalis habuk dan air IP68 serta IP69. Dengan keupayaan bertahan dalam rendaman air sedalam 1.5 meter, HONOR Magic V6 kini menjadi peneraju industri dalam aspek kalis air untuk telefon foldable.

Saksikan pelancaran rasmi  HONOR Malaysia menerusi siaran langsung di halaman Facebook rasmi mereka pada 4 Jun 2026 jam 7:00 malam. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi HONOR Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.