Samsung One UI 8.5 mula ditawarkan di Malaysia – bawa ciri perkongsian fail ke iPhone melalui AirDrop

Samsung kini memperluaskan pelancaran One UI 8.5 ke lebih banyak peranti, membawakan ciri Galaxy AI terkini ke seluruh ekosistem Samsung Galaxy.
Kemaskini One UI 8.5 ini memberi fokus kepada peningkatan pengalaman komunikasi dan kreativiti pada telefon pintar serta tablet Galaxy, termasuk Galaxy S25 series, Galaxy S25 FE, Galaxy S24 series, Galaxy S24 FE, Galaxy Z Fold7 dan Galaxy Z Flip7, Galaxy Z Fold6 dan Galaxy Z Flip6, Galaxy Tab S11 series serta Galaxy Tab S10 series.
One UI 8.5 telah mula dilancarkan di Malaysia bermula 11 Mei, dengan lebih banyak rantau akan menyusul selepas ini.
Antara menarik pada One UI 8.5 yang pasti dinanti pengguna sediada Samsung adalah kebolehan perkongsian fail kepada iPhone melalui ciri QuickShare to iPhone yang sebelum ini hanya ditawarkan pada Galaxy S26 Series dan Galaxy A Series.

