Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo X300 Ultra dan X300 FE kini dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia

vivo X300 Ultra dan X300 FE kini dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia 1

vivo X300 Ultra dan X300 FE kini dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia 2

vivo Malaysia memperluaskan siri vivo X300 dengan pelancaran dua model baharu, vivo X300 Ultra dan vivo X300 FE yang dibangunkan bersama ZEISS, menawarkan pilihan untuk pencipta kandungan sama ada mahukan pengalaman sinematik atau flagship kompak.

vivo X300 Ultra dan X300 FE kini dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia 3

vivo X300 Ultra: Kuasa Sinematik untuk Kreativiti Maksimum

vivo X300 Ultra tampil dengan sistem kamera premium ZEISS Master Lenses Collection bersama Dual 200MP ZEISS Cameras (35mm dan 85mm), serta tiga lensa utama terdiri daripada telefoto APO 85mm, lensa dokumentari 35mm dan ultra lebar 14mm. Ia turut menyokong rakaman video 4K 120fps pada semua lensa, Dolby Vision 10-bit log dan penstabilan optikal multi-focal untuk rakaman lebih lancar.

Telefon pintar flagship vivo ini juga hadir dengan ciri vivo Refined Portrait, Flash Portrait, Street Photography 3.0, Landscape Mode 2.0 serta Tracking Snapshot sehingga 60fps. Pengguna turut boleh menggunakan ZEISS Telephoto Extender Gen 2 sehingga 400mm dan aksesori vivo Imaging Grip untuk pengalaman seperti kamera profesional. Ia hadir dengan skrin 6.82 inci dan pilihan warna Steppe Green serta Volcano Black.

vivo X300 Ultra dan X300 FE kini dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia 4

vivo X300 FE: Flagship Kompak dengan Kamera Berkuasa

vivo X300 FE direka untuk pengguna yang mahukan prestasi kamera hebat dalam badan lebih kompak dan nipis 7.99mm. Ia menampilkan kamera utama 50MP ZEISS Super Telephoto dengan 100x hyper zoom, kamera utama 50MP dan ultra lebar 8MP. Dengan ZEISS Telephoto Extender Gen 2, jarak fokus boleh diperluaskan sehingga 200mm.

Ia juga hadir dengan ZEISS True Colour Display untuk paparan warna lebih tepat dan terang. Pilihan warna termasuk Mist Purple, Glow White dan Luxe Black.

vivo X300 Ultra dan X300 FE kini dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia 5vivo X300 Ultra dan X300 FE kini dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia 6

Pra-tempah kini dibuka dengan pelbagai ganjaran eksklusif.

vivo X300 Ultra dan vivo X300 FE kini dibuka untuk pra-tempahan sehingga 22 Mei 2026 dengan pelbagai ganjaran eksklusif.

Pembeli vivo X300 Ultra akan menerima rebat tunai RM900 serta COMAN Aluminium Photography Tripod bernilai RM299, manakala pelanggan vivo X300 FE akan menikmati JBL Speaker bernilai RM299 dan vivo Buds Pro bernilai RM199. Kedua-dua model turut didatangkan dengan manfaat vivo Care, termasuk jaminan lanjutan 1+1 tahun serta perlindungan kerosakan skrin selama 180 hari.

Turut ditawarkan promosi purchase-with-purchase (PWP), termasuk diskaun 30% untuk vivo ZEISS Telephoto Extender Gen 2 dan Gen 2 Ultra bersama beg penyimpanan percuma bernilai RM159. Bagi vivo X300 Ultra Photographer Kit, pengguna turut menikmati diskaun 30% untuk tambahan Telephoto Extender, manakala vivo X300 FE Telephoto Extender Gen 2 Kit hadir dengan diskaun RM300.

Secara eksklusif di vivo Concept Stores, pelanggan boleh menikmati pelan ansuran sehingga 24 bulan dengan faedah 0%, diskaun RM100 bersama bank terpilih seperti OCBC, Hong Leong Bank, Affin Bank dan UOB, selain penjimatan tambahan RM100 serta RM50 melalui PayLater. Program trade-in turut disediakan untuk memudahkan pelanggan menaik taraf peranti mereka.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.