Samsung tawar diskaun sehingga RM 900 bagi Galaxy A Series – sah dari 5-7 Mei 2026

Samsung Galaxy A Series yang baru sahaja dilancarkan beberapa minggu lalu kin ditawarkan didalam satu promosi terhad yang membolehkan anda menikmati penjimatan sehingga RM 900.
Dari 4 hingga 7 Mei, anda boleh dapatkan Samsung Galaxy A57 5G pada harga RM1,799 sahaja, berbanding harga asal RM2,699. Sebelum ini, penjimatan RM500 sudah dianggap sangat berbaloi. Kini, tawaran ini jadi lebih hebat kerana anda berjimat tambahan RM400 lagi. Itu bermakna jumlah penjimatan keseluruhan sebanyak RM900. Namun anda harus cepat, promosi ini hanya berlangsung selama empat hari sahaja.
Pada harga ini, anda boleh memiliki Samsung Galaxy A57 5G hadir dengan storan 512GB (dua kali ganda daripada jangkaan dalam kategori ini), memberi ruang mencukupi untuk semua keperluan anda — gambar, video, kerja dan kehidupan harian tanpa risau kehabisan ruang. Dengan prestasi berkuasa sepanjang hari serta kamera yang sentiasa bersedia bila anda perlukan, ia benar-benar menawarkan nilai jauh melebihi harganya.
Dan jika itu belum cukup menarik, Samsung Galaxy A37 5G juga turut serta dalam penurunan harga terhad ini, dengan penjimatan sehingga RM400 yang bermaksud ianya ditawarkan pada harga serendah RM 1,499 sahaja.
Dapatkan Galaxy A57 5G: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a57-5g-awesome-navy-512gb-sm-a576bdbuxme/
Dapatkan Galaxy A37 5G: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a37-5g-awesome-lavender-256gb-sm-a376blvuxme/

