Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo V70 FE Rasmi di Malaysia: Rekaan Stylish Dipadankan Kamera 200MP dan Bateri BlueVolt 7000mAh

vivo V70 FE Rasmi di Malaysia: Rekaan Stylish Dipadankan Kamera 200MP dan Bateri BlueVolt 7000mAh 1

vivo V70 FE Rasmi di Malaysia: Rekaan Stylish Dipadankan Kamera 200MP dan Bateri BlueVolt 7000mAh 2

vivo Malaysia terus memperkukuhkan barisan V Series dengan pelancaran vivo V70 FE, sebuah peranti mid-range baharu yang memfokuskan kepada rekaan premium dan keupayaan fotografi yang dipertingkat.

Dari segi rekaan, vivo V70 FE tampil dengan gaya moden dan elegan yang dikenali sebagai Flagship-Grade Minimalist Design. Ianya turut memiliki penarafan kalis air dan debu IP68 & IP69.

vivo V70 FE Rasmi di Malaysia: Rekaan Stylish Dipadankan Kamera 200MP dan Bateri BlueVolt 7000mAh 3

Terus kepada spesifikasi, vivo V70 FE membawa peningkatan besar terutama pada bahagian kamera. Ia dilengkapi kamera utama 200MP dengan OIS, .  Selain itu, terdapat juga lensa ultra-lebar 8MP bersama AI Aura Light serta kamera hadapan 32MP untuk keperluan selfie dan video call.

vivo V70 FE Rasmi di Malaysia: Rekaan Stylish Dipadankan Kamera 200MP dan Bateri BlueVolt 7000mAh 4

Beralih ke bahagian paparan, peranti ini menggunakan skrin AMOLED 6.83-inci dengan resolusi 1.5K serta kadar segar semula 120Hz untuk pengalaman visual yang lancar dan jelas.  Dari segi prestasi, ia dikuasakan cip MediaTek Dimensity 7360 Turbo yang dipadankan dengan 8GB atau 12GB RAM dan storan 256GB atau 512GB. 

vivo V70 FE Rasmi di Malaysia: Rekaan Stylish Dipadankan Kamera 200MP dan Bateri BlueVolt 7000mAh 5

Untuk ketahanan bateri, vivo V70 FE hadir dengan bateri BlueVolt berkapasiti 7000mAh bersama sokongan pengecasan pantas 90W. Ianya juga hadir dengan OriginOS 6, pembesar suara Symmetrical Dual Stereo, 6 tahun kemaskini keselamatan dan banyak lagi.

vivo V70 FE Rasmi di Malaysia: Rekaan Stylish Dipadankan Kamera 200MP dan Bateri BlueVolt 7000mAh 6

Akhir sekali, dari segi harga, vivo V70 FE dijangka ditawarkan pada harga RM1,599 bagi versi 8/256GB manakala versi 12/256GB akan ditawarkan pada harga RM 1,799 diikuti versi 12/512GB pada harga RM 1,999. Ianya akan tampil didalam tiga pilihan warna iaitu Muse Purple, Ocean Blue dan Urban Silver.

vivo V70 FE Rasmi di Malaysia: Rekaan Stylish Dipadankan Kamera 200MP dan Bateri BlueVolt 7000mAh 7

Secara keseluruhan, vivo V70 FE dilihat sebagai pilihan menarik dalam segmen mid-range dengan gabungan rekaan premium, kamera beresolusi tinggi dan bateri tahan lama.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.