Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR acah telefon pintar flagship serba baharu – HONOR 600 Series?

HONOR acah telefon pintar flagship serba baharu - HONOR 600 Series? 1

HONOR acah telefon pintar flagship serba baharu - HONOR 600 Series? 2

Syarikat ekosistem peranti AI terkemuka global, HONOR bersedia untuk sekali lagi mentakrif semula landskap telefon pintar apabila secara rasminya telah mengumumkan pelancaran pertamanya bagi tahun 2026 di Malaysia – sebuah telefon pintar flagship yang serba baharu!

Siri akan datang ini merupakan tambahan baharu kepada portfolio premium HONOR, menawarkan ciri yang dipertingkat serta prestasi generasi baharu.

Dalam pratonton yang dikongsikan kepada media, HONOR memberi gambaran awal kepada rakyat Malaysia tentang masa depan telefon pintar flagship ini. Imej teaser tersebut menampilkan rekaan lengkung ergonomik yang anggun dipadankan dengan kemasan warna oren yang berani dan menyerlah.

HONOR acah telefon pintar flagship serba baharu - HONOR 600 Series? 3

Selain itu, bingkai logam matte memberi bayangan pengalaman sentuhan yang premium, menggabungkan ketahanan dengan rasa mewah. Selain warna yang mencuri perhatian, imej tambahan turut menunjukkan bahawa telefon pintar ini akan dilengkapi dengan AI Button serta sistem tiga kamera generasi baharu yang direka untuk prestasi bertaraf profesional.

Walaupun identiti penuh telefon pintar baharu ini masih dirahsiakan, HONOR menjemput rakyat Malaysia untuk turut serta dalam perbincangan dengan meneka modelnya dan berkongsi ramalan masing-masing seiring misteri ini terungkai.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.