Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G kini rasmi di Malaysia – dari RM 1,799

Samsung secara rasminya telah memperkenalkan generasi baharu Galaxy A Series iaitu Galaxy A57 5G dan Galaxy A37 5G yang menawarkan pretasi lebih baik, kamera lebih baik dan lebih banyak ciri AI.
Terus ke spesifikasi, Galaxy A57 dan Galaxy A37 tampil dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ianya juga dilapisi gelas keselamatan Gorilla Glass Victus+.
Selain itu, Kedua-duanya hadir dengan sensor utama 50MP dengan lensa f/1.8 serta ciri Nightography yang dipertingkatkan untuk foto dan video (mod low-light daripada Samsung). Kedua-duanya juga menggunakan kamera selfie 12MP dengan lensa f/2.2.
Dalam pada itu, Galaxy A57 tampil dengan kamera ultra-wide yang memiliki resolusi lebih tinggi, iaitu 12MP berbanding 8MP pada Galaxy A37. Kedua-duanya turut dilengkapi sensor makro 5MP di bahagian belakang.
Ke cipset, Samsung Galaxy A57 hadir dengan cip Exynos 1680 dengan 12GB RAM dan storan dalaman 256GB atau 512GB manakala Galaxy A37 pula tampil dengan cip Exynos 1480 dengan 8/12GB RAM bersama storan dalaman 256GB. Kedua model memiliki bateri 5,000mAh bersama pengecasan pantas 45W (0-60% dalam
Menyentuh sedikit mengenai rekaan, Galaxy A57 tampil dengan rekaan keluli yang memiliki ketebalan 6.9mm dengan berat 179 gram manakala Galaxy A37 memiliki kerangka plastik dengan ketebalan 7.4mm bersama berat 196 gram.
Antara ciri Awesome Intelligence yang ditawarkan pada Galaxy A57 dan Galaxy A37 adalah Voice Transcription , AI Select, Object Eraser, Circle to Search manakala beberapa ciri eksklusif pada Galaxy A57 adalah Best Face, Filters edit suggestions dan Auto Trim.
Samsung Galaxy A57 5G kini ditawarkan dalam warna Awesome Navy, Awesome Gray dan Awesome Icyblue, manakala Galaxy A37 5G hadir dengan pilihan Awesome Lavender, Awesome Charcoal dan Awesome Graygreen.
Bagi meraikan pelancarannya di Malaysia, Samsung menawarkan promosi eksklusif melalui Samsung Online Store, Samsung Experience Store, peruncit sah serta platform e-dagang terpilih:
Promosi Rebat Pelancaran akan berlangsung dari 25 Mac 2026 hingga 31 Disember 2026, manakala Rebat Bank/Shopee PayLater pula berlangsung dari 25 Mac 2026 hingga 29 April 2026.
Dapatkan Samsung Galaxy A57 5G: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a57-5g-awesome-navy-512gb-sm-a576bdbuxme
Dapatkan Samsung Galaxy A37 5G: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a37-5g-awesome-lavender-256gb-sm-a376blvuxme

