Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Find N6 akan dilancar pada 19 Mac – pra-tempahan di Malaysia kini bermula

OPPO Find N6 akan dilancar pada 19 Mac - pra-tempahan di Malaysia kini bermula 1

OPPO Find N6 akan dilancar pada 19 Mac - pra-tempahan di Malaysia kini bermula 2

OPPO secara rasminya telah mengumumkan pelancaran global bagi telefon lipat flagship terbaharunya, OPPO Find N6. Peranti ini dijadualkan membuat debut pada 17 Mac 2026 di Binhai Bay Campus baharu OPPO di China. Find N6 direka untuk mentransformasikan pengalaman telefon lipat sepenuhnya dengan teknologi Zero-Feel Crease.

Sejak awal perkembangan teknologi telefon lipat, garisan lipatan pada skrin sering menjadi kebimbangan utama pengguna kerana ia mengurangkan pengalaman paparan besar yang sepatutnya lebih semula jadi. Siri OPPO Find N sentiasa berusaha mencari penyelesaian kepada isu ini. Pada tahun 2021, Find N generasi pertama memperkenalkan engsel Flexion berbentuk waterdrop, yang mengurangkan kesan lipatan yang dalam dan jelas kepada lipatan yang lebih halus dan cetek. Sejak itu, setiap generasi seterusnya terus menambah baik teknologi ini, menjadikan OPPO antara peneraju industri dari segi kelicinan visual dan sentuhan.

Dengan Find N6, OPPO memperkenalkan teknologi Zero-Feel Crease yang membolehkan pengguna menikmati pengalaman skrin besar yang lebih imersif dengan paparan yang hampir tanpa kesan lipatan serta respons sentuhan yang lebih lancar. Lebih menarik, teknologi ini direka untuk kekal rata dan licin walaupun selepas penggunaan bertahun-tahun.

Meneruskan legasi reka bentuk ultra-nipis generasi sebelumnya, Find N6 merupakan antara telefon lipat gaya buku paling nipis di pasaran. Ia menawarkan ergonomik yang setanding dengan telefon flagship biasa berbentuk bar, memberikan pegangan yang selesa tanpa rasa letih walaupun digunakan untuk tempoh yang lama. Modul kamera Cosmos Ring yang simetri menempatkan Kamera Ultra-Clear 200MP Hasselblad, memberikan kualiti imej bertaraf profesional tanpa bonggol kamera yang terlalu besar.

Find N6 hadir dalam dua pilihan warna menarik iaitu Stellar Titanium yang klasik serta Blossom Orange yang lebih menyerlah. Bagi model Blossom Orange, kemasan Gold Hinge Trim digunakan pada engsel aloi titanium menggunakan teknik penyepuhan khas yang menggabungkan emas tulen, menghasilkan kemasan rose-gold yang seragam dan memberikan sentuhan kemewahan pada rangka titanium yang tahan lasak.

Untuk meningkatkan produktiviti, Find N6 turut menyokong OPPO AI Pen, membolehkan pengguna memanfaatkan sepenuhnya skrin yang lebih besar. Lebih daripada sekadar stylus, ia merupakan alat berkuasa AI yang menjadikan Find N6 sebagai sebuah workstation mudah alih, membantu pengguna menyelesaikan lebih banyak tugasan dengan ciri pintar terbina dalam.

OPPO Find N6 akan dilancar pada 19 Mac - pra-tempahan di Malaysia kini bermula 3

OPPO Find N6 kini dibuka untuk pra-tempahan dari 9 hingga 19 Mac, dengan rebat tambahan RM500 untuk tukar beli telefon lama serta hadiah eksklusif bernilai sehingga RM2,297. Pelanggan yang membuat tempahan awal akan menerima OPPO Watch S atau LeFant M320 Robot Vacuum Cleaner secara percuma, bersama OPPO AI Pen Kit serta keistimewaan My OPPO Members.

Pra-tempah OPPO Find N6 di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.