Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR 600 Lite kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,399

HONOR 600 Lite kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,399 1

HONOR 600 Lite kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,399 2

HONOR secara rasminya telah mengesahkan pelancaran HONOR 600 Lite di Malaysia sebagai sebuah telefon pintar kelas midrange dengan rekaan premium dan storan dalaman yang luas.

Terus ke spesifikasi, HONOR 600 Lite hadir dengan skrin paparan 120Hz 1.5K AMOLED berukuran 6.6-inci dengan bezel nipis dan kecerahan maksima mencecah 6,500nits.

Selain itu, HONOR 600 Lite ini dikuasakan cip MediaTek Dimensity 7100 bersama 12GB RAM + 12GB RAM Turbo dan storan dalaman 256GB. Ianya turut hadir dengan MagicOS 10 yang berasaskan Android 16.

HONOR 600 Lite kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,399 3

Beralih ke kamera, HONOR 600 Lite tampil dengan sensor utama 108MP bersama sensor ultrawide 5MP yang diletakkan pada modul kamera Classic Triangular Design. Ianya juga memiliki AI Button pada sisi manakala kamera selfie adalah 16MP.

Seterusnya, HONOR 600 Lite tampil dengan bateri berkapasiti 6,250mAh dengan sokongan pengecasan pantas 40W HONOR SuperCharge dan ianya juga akan mengekalkan tahap kesihatan bateri yang baik walaupun selepas 6 tahun penggunaan.

HONOR 600 Lite kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,399 4

Lain-lain ciri yang dimiliki telefon pintar terbaru HONOR ini adalah penarafan kalis air dan debu IP66 serta pensijilan SGS Premium Performance Drop & Crush Resistance.

HONOR 600 Lite kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,399 dan untuk masa terhad boleh dimiliki pada harga RM 1,299 dan dua tahun waranti.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.