Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Buds4 Pro dan Galaxy Buds4 – earbuds flagship dengan kualiti audio lebih premium

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Buds4 Pro dan Galaxy Buds4 - earbuds flagship dengan kualiti audio lebih premium 1

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Buds4 Pro dan Galaxy Buds4 - earbuds flagship dengan kualiti audio lebih premium 2

Bersama-sama Samsung Galaxy S26 Series, Samsung juga telah memperkenalkan Galaxy Buds4 Series di Samsung Unpacked 2026.

Samsung Galaxy Buds4 Series ini ditawarkan didalam dua model iaitu Galaxy Buds4 Pro dan Galaxy Buds4.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Buds4 Pro dan Galaxy Buds4 - earbuds flagship dengan kualiti audio lebih premium 3
Samsung Galaxy Buds4 Pro

Rekaan Blade yang lebih Premium

Kedua-dua Galaxy Buds4 Series hadir dengan rekaan Blade yang sama seperti pada generasi Galaxy Buds sebelum ini namun generasi baharu ini tampil dengan

kemasan logam premium dan kawasan pinch control terukir untuk pelarasan mudah

Selain itu, Samsung juga telah merujuk data dari lebih dari 100 juta pengguna global yang mempunyai cuping telinga yang berbeza.

Seterusnya, Galaxy Buds4 menampilkan rekaan bentuk eartip open in-ear manakala Galaxy Buds4 Pro hadir dengan in-ear yang mampu memberikan pengalaman ANC yang lebih baik.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Buds4 Pro dan Galaxy Buds4 - earbuds flagship dengan kualiti audio lebih premium 4

Integrasi Galaxy AI

Samsung Galaxy Buds4 Pro juga hadir dengan integrasi Galaxy AI yang sangat mendalam dengan sokong ciri seperti Head Gesture dimana anda boleh mengangguk untuk menjawab panggilan atau menggeleng kepala untuk menolak panggilan.

Dalam ekosistem Galaxy, pengguna boleh mengaktifkan ejen AI seperti Bixby, Google Gemini dan Perplexity melalui kawalan suara bebas tangan. Penyambungan juga lebih mudah — hanya buka bekas pengecas untuk terus sambung ke peranti Galaxy tanpa perlu memasang aplikasi tambahan.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Buds4 Pro dan Galaxy Buds4 - earbuds flagship dengan kualiti audio lebih premium 5

Audio Hi-Fi Unggul

Samsung Galaxy Buds4 Pro tampil dengan woofer baharu yang lebih lebar dengan reka bentuk yang memaksimumkan penggunaan ruang secara efisien. Dengan memaksimumkan kawasan getaran dan meminimumkan bahagian tepi pembesar suara, woofer yang lebih lebar ini meningkatkan kawasan pembesar suara efektif hampir 20% berbanding generasi sebelumnya tanpa menjejaskan keselesaan pemakaian.

Digabungkan bersama tweeter, teknologi ini menghasilkan audio yang semula jadi dan immersive dengan bass yang jelas serta treble yang kaya, dengan sokongan audio 24-bit/96kHz untuk pengalaman hi-fi.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Buds4 Pro dan Galaxy Buds4 - earbuds flagship dengan kualiti audio lebih premium 6
Samsung Galaxy Buds4 Pro – Pink Gold

Jangka Hayat Bateri sehingga 30 jam

Samsung Galaxy Buds4 menawarkan jangka hayat bateri yang sangat baik dimana ianya menawarkan sehingga 6 jam pendengaran (ANC off) dengan bateri 51mAh pada earbuds manakala penggunaan bersama bekas pengecasan (515mAh) pula mampu memberikan anda sehingga 30 jam jangka hayat bateri.

Dalam pada itu, Galaxy Buds4 Pro pula hadir dengan 7 jam waktu pendengaran (ANC off) dengan bateri 61mAh pada earbuds manakala penggunaan bersama bekas pengecasan (530mAh) pula mampu memberikan 30 jam waktu penggunaan.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Buds4 Pro dan Galaxy Buds4 - earbuds flagship dengan kualiti audio lebih premium 7

Dapatkan Samsung Galaxy Buds4 Series pilihan anda!

Samsung Galaxy Buds4 series kini dibuka untuk pra-tempahan pada harga RM 699 bagi Galaxy Buds4 dan RM 999 bagi Galaxy Buds4 Pro. Setiap pembelian Galaxy S Series atau Galaxy Z Series juga boleh menikmati diskaun sebanyak 10% bagi pembelian Galaxy Buds4 Pro.

Selain itu, ahli Samsung Members yang layak boleh menikmati diskaun eksklusif sebanyak 10% melalui penebusan baucar dalam aplikasi Samsung Members untuk pembelian siri Galaxy Buds4, sama ada di kedai melalui Endless Aisle atau secara dalam talian.

Dapatkan Samsung Galaxy Buds4 Series di www.samsung.com/galaxy-buds4-series/.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.