Samsung Galaxy Buds4 Pro dan Galaxy Buds4 turut diperkenalkan secara rasmi – dari RM 699
Samsung hari ini juga telah memperkenalkan Galaxy Buds4 Pro dan Galaxy Buds4 , mentakrifkan semula standard earbud premium dengan gabungan audio hi-fi unggul dan keselesaan pemakaian harian.
Samsung Galaxy Buds4 Series menggabungkan kualiti bunyi luar biasa dengan rekaan ergonomik berasaskan pengiraan (computational design), menghimpunkan inovasi audio dan keselesaan paling maju Samsung dalam satu pengalaman lancar.
Buat pertama kali, Buds4 Pro menampilkan woofer lebih besar bersama Active Noise Cancellation (ANC) yang dipertingkat serta Adaptive Equalizer (EQ) yang lebih pintar. Ia menghasilkan bunyi spektrum penuh yang setia kepada rakaman asal sambil menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran sebenar.
Penambahbaikan reka bentuk, kawalan bebas tangan intuitif dan integrasi AI yang lebih mendalam menyerlahkan komitmen Samsung dalam menghasilkan earbud yang sesuai dengan gaya hidup harian pengguna.
Siri ini menampilkan identiti reka bentuk baharu “Buds blade” dan earbuds ini dibangunkan melalui analisis ratusan juta data bentuk telinga global dan lebih 10,000 simulasi. Ia hadir dengan kepala earbud lebih kecil dan padanan lebih kemas untuk kestabilan serta keselesaan sepanjang hari.
Reka bentuk blade baharu turut menampilkan kemasan logam premium dengan kawasan pinch control berukiran untuk pelarasan mudah. Bekas pengecas jenis lutsinar pula menjadikan penyimpanan dan pengecasan lebih intuitif dan bergaya.

Dalam pada itu, Galaxy Buds4 Pro hadir dengan reka bentuk canal-fit untuk prestasi bunyi maksimum, manakala Galaxy Buds4 hadir dengan reka bentuk open-fit yang lebih santai dan mesra pengguna. Kedua-duanya tersedia dalam warna White dan Black kemasan matte, manakala Buds4 Pro turut ditawarkan dalam warna eksklusif dalam talian iaitu Pink Gold.

Dari segi audio, Buds4 Pro memiliki woofer lebih lebar yang meningkatkan kawasan getaran hampir 20% berbanding generasi sebelumnya tanpa menjejaskan keselesaan. Digabungkan dengan tweeter, ia menyokong audio 24-bit/96kHz untuk bunyi hi-fi yang lebih jelas, dengan bass bersih dan treble yang jitu. Susunan pembesar suara dua hala turut mengoptimumkan fungsi ANC serta mengurangkan gangguan angin.
ANC yang dipertingkat mampu menapis bunyi transit dan bunyi latar harian secara pintar. Adaptive ANC/EQ pula menganalisis cara pemakaian dan bentuk telinga setiap pengguna untuk memberikan pengalaman audio yang diperibadikan secara masa nyata.
Untuk panggilan telefon, teknologi Super Clear Call dengan jalur lebar super wideband dan machine learning memastikan suara kekal jelas walaupun dalam persekitaran bising.
Dalam ekosistem Galaxy, pengguna boleh mengaktifkan ejen AI seperti Bixby, Google Gemini dan Perplexity melalui kawalan suara bebas tangan. Penyambungan juga lebih mudah — hanya buka bekas pengecas untuk terus sambung ke peranti Galaxy tanpa perlu memasang aplikasi tambahan. Akhir sekali, Galaxy Buds4 Pro turut menyokong kawalan Head Gesture untuk menjawab panggilan dan berinteraksi dengan AI tanpa menyentuh telefon.
Samsung Galaxy Buds4 series kini dibuka untuk pra-tempahan pada harga RM 699 bagi Galaxy Buds4 dan RM 999 bagi Galaxy Buds4 Pro. Setiap pembelian Galaxy S Series atau Galaxy Z Series juga boleh menikmati diskaun sebanyak 10% bagi pembelian Galaxy Buds4 Pro.
Selain itu, ahli Samsung Members yang layak boleh menikmati diskaun eksklusif sebanyak 10% melalui penebusan baucar dalam aplikasi Samsung Members untuk pembelian siri Galaxy Buds4, sama ada di kedai melalui Endless Aisle atau secara dalam talian.
Dapatkan Samsung Galaxy Buds4 Series di www.samsung.com/galaxy-buds4-series/.





