Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S26 Ultra kini rasmi dengan Privacy Display dan Pengecasan 60W

Samsung Galaxy S26 Ultra kini rasmi dengan Privacy Display dan Pengecasan 60W 1

Galaxy S26 Ultra First Look

Samsung Galaxy S26 Ultra kini rasmi dengan Privacy Display dan Pengecasan 60W 2
Samsung Galaxy S26 Ultra

Samsung secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar flagship tahun 2026 mereka iaitu Samsung Galaxy S26 Series di majlis Samsung Unpacked yang berlangsung sebentar tadi dan selepas pelancaran telefon pintar AI pertama mereka 2 tahun lalu, Samsung kini mengorak langkah untuk menjadikan Samsung Galaxy S26 Ultra sebagai telefon pintar AI yang paling mudah digunakan.

Samsung Galaxy S26 Ultra kini rasmi dengan Privacy Display dan Pengecasan 60W 3

Samsung Galaxy S26 Series tahun ini menyaksikan Samsung melancarkan tiga model iaitu Galaxy S26, Galaxy S26+ Dan Samsung Galaxy S26 Ultra yang merupakan satu-satunya model untuk hadir dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 di Malaysia.

Samsung Galaxy S26 Ultra kini rasmi dengan Privacy Display dan Pengecasan 60W 4

Menarik tahun ini, Samsung Galaxy S26 Ultra hadir dengan reka bentuk yang sama seperti semua model Galaxy S26 Series dengan perbezaaan lebih pada spesifikasi dan bahagian dalaman serta S Pen. Galaxy S26 Ultra memiliki ketebalan 7.9mm dengan berat 214gram.

Samsung Galaxy S26 Ultra kini rasmi dengan Privacy Display dan Pengecasan 60W 5

Samsung Galaxy S26 Ultra

Samsung Galaxy S26 Ultra tampil dengan skrin paparan ‘flat’ Dynamic AMOLED 2x berukuran 6.9-inci dengan resolusi QHD+ bersama kadar segar semula 1-120Hz. Panel skrin ini juga mempunyai kecerahan maksima sehingga 2,600nits (Vision Booster) dan menjadi telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan Privacy Display.

Samsung Galaxy S26 Ultra kini rasmi dengan Privacy Display dan Pengecasan 60W 6

Privacy Display adalah ciri yang melindungi telefon pintar anda daripada “shoulder surfing” (orang mengintai skrin dari belakang atau tepi) di mana sahaja anda berada.Anda boleh menyemak mesej atau memasukkan kata laluan di pengangkutan awam tanpa perlu risau atau berfikir dua kali tentang siapa yang mungkin sedang memerhati.

Samsung Galaxy S26 Ultra kini rasmi dengan Privacy Display dan Pengecasan 60W 7

Dalam pada itu, Privacy Display ini juga boleh dipra-tetap untuk beberapa aplikasi penting seperti aplikasi perbankan, gallery atau ketika memasukkan kata laluan mahupun membuka pattern lock telefon pintar anda.

Selain itu, panel Galaxy S26 Ultra ini juga dilapisi gelas keselamatan Gorilla Armor Glass 2 pada bahagian hadapan yang menjanjikan 29% lebih anti-retak dan 60% lebih kukuh dalam melindungi skrin paparan. 

Samsung Galaxy S26 Ultra kini rasmi dengan Privacy Display dan Pengecasan 60W 8

Beralih kepada cipset, Samsung Galaxy S26 Ultra akan dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 for Galaxy yang disertakan bersama 12GB/16GB RAM LPDDR5X dan tiga pilihan storan dalaman iaitu 256GB, 512GB dan 1TB. Ianya menawarkan peningkatan yang ketara berbanding generasi sebelum ini iaitu 19% peningkatan prestasi CPU, 24% prestasi GPU dan 39% prestasi NPU.

Untuk mengekalkan tahap prestasi ini, Galaxy S26 Ultra juga tampil dengan Vapor Chamber yang direka semula dengan bahan antaramuka terma (thermal interface material) yang diletakkan di bahagian sisi pemproses, membolehkan haba disebarkan dengan lebih efisien ke kawasan permukaan yang lebih luas.

Samsung Galaxy S26 Ultra kini rasmi dengan Privacy Display dan Pengecasan 60W 9

Ke bahagian kamera, Galaxy S26 Ultra tampil dengan sistem kamera terbaik pada Galaxy iaitu system quad tele yang menampilkan penggunaan sensor utama 200MP yang 47% lebih cerah, sensor ultrawide 50MP , sensor telefoto 3x 10MP dan sensor periskop 50MP dengan 5x zoom optikal dan 10x zoom yang 37% lebih cerah. Kamera selfie adalah sensor  12MP. Samsung menjanjikan bahawa kamera pada generasi baharu ini adalah lebih baik terutamanya pada waktu malam (Nightography) serta suntingan gambar dan video yang lebih mudah melalui Creative Studio.

Samsung Galaxy S26 Ultra kini rasmi dengan Privacy Display dan Pengecasan 60W 10

Seterusnya , Galaxy S26 Ultra juga disertakan bateri berkapasiti 5,000mAh yang membawakan pengecasan Super Fast Charging 3.0 (60W) yang memberikan 0-75% pengecasan didalam masa 30 minit sahaja. Ianya juga memiliki sokongan Fast Wireless Charging 2.0 dan Wireless PowerShare.

Lain-lain spesifikasi Galaxy S26 Ultra adalah Wi-Fi 7, Bluetooth 6.0, NFC, Ultra Wide Band dan ciri Circle to search with Google, Gemini dan Galaxy AI yang dipertingkatkan seperti Now Nudge, Now Brief, Automated App Action, Audio Eraser dengan sokongan aplikasi pihak ketiga.

Samsung Galaxy S26 Ultra kini rasmi dengan Privacy Display dan Pengecasan 60W 11

Samsung Galaxy S26 Ultra akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu Cobalt Violet, Sky Blue, Black dan White manakala warna eksklusif di Samsung Online Store adalah Silver Shadow dan Pinkgold.

Harga jualan Samsung Galaxy S26 Ultra di Malaysia bermula dari RM 6,799 (RM 5,999) bagi versi 12/512GB dan RM 7,999 (RM 7,199) bagi versi 16GB/1TB dengan pra-tempahan kini telah dibuka. 

Dari 26 Februari hingga 10 Mac 2026, nikmati ganjaran eksklusif bernilai sehingga RM1,200 termasuk storan berganda (bernilai RM 800) dan Samsung Rewards Points Booster (bernilai RM 400)  serta rebat segera RM700 dengan kad bank terpilih.

Anda juga boleh berjimat sehingga RM4,000 melalui program tukar beli Galaxy Forever, menikmati diskaun 30% untuk aksesori mudah alih terpilih, serta memilih pelan ansuran faedah 0% sehingga 36 bulan dari bank-bank yang mengambil bahagian.

Dapatkan Samsung Galaxy S26 Series di https://www.samsung.com/my/offer/galaxy-s26-series/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.